Sunday, December 4, 2011

Ammar Salleh: Geram Seh!

Fuh, nak cerita balik pun rasa geram lagi. Tak tau la kenapa, hehehe tetapi kemanisan pengembaraan kami selama sebulan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tapi dengan tulisan, boleh. Hahaha... namun akan kami semat di dalam hati selamanya.

Sebenarnya apa yang ditulis ini adalah berkenaan dengan hati dan perasaan (macam ayat jiwang pulak kan?) tetapi inilah realitinya. Hati ini terasa geram sangat bila perkara ini berlaku tetapi inilah pengalaman yang tidak dapat ku lupakan semasa sebulan di sana, walaupun benda ni berlaku dalam satu malam sahaja.

Ceritanya bermula macam ni, pada hari ahad malam, kami seramai 39 orang peserta diikuti dengan 3 orang pengiring telah berangkat ke Yogyakarta di atas urusan lain. Hehe (macam ada apa-apa aje!) Kami ke sana menaiki kereta api. Pada mulanya, waktu berangkat adalah pada pukul 2.00 petang, fuh, memang gerek la pagi-pagi lagi dah semangat nak pergi. Siap pakai baju R2J la beb. Hahaha, tapi last-last Pak Udi cakap kita bertolak pukul 9. Pehh, jangan cakaplah perasaan masa tu, macam orang gila pun ada, mana taknya, barang-barang dah kemas pastu diaorang cakap bertolak malam pulak. Tapi takpelah, mungkin ada hikmahnya...hmmm satu hari tu memang lepaklah, tak buat apa-apa..best gila la..haha!

Tepat jam 7.00 malam, kami bertolak menaiki bas ke stesen kereta api. Perjalanan ke sana memakan masa selama satu jam la lebih kurang (tak sempat pulak nak kira masa). Masa kat dalam bas tu memang seronok lah, tak tau kenapa, mungkin nak pergi jauh kot. Pak Udi cakap perjalanan ke Jogja lebih kurang 12 jam. Mak ai, rasa macam nak pengsan dalam kereta api. Hmmm, tak tau lah macam mana nanti..sampai kat stesen tu lebih kurang dalam pukul 8.00 malam. Suasana kat stesen tu dah macam pasar la, ramai sangat orang kat sana. Tengah tunggu-tunggu tu, jumpalah dengan seorang pak cik ni.. tanpa segan silunya, aku, Anas dan sahabat lain (hmm, tak ingat pulak) hehe.. kiranya saya dan rakan-rakan dok berbual dengan pak cik tu.. best jugak, dia tak faham apa kitaorang cakap dan kitaorang pun tak faham apa yang dia cakap, sikit-sikit je la. Tak sangka, bapak tu pun nak pergi ke jogja sekali..masa train sampai, dengan tiba-tibanya kami terpisah dengan bapak tu, tak tau ke mana dia pergi.

Masa nak naik kereta api tu bukan main bagus sekali perancangan kitaorang. Time tu ukhuwwah emang dapat dilihat antara ikhwah dan akhwat(ayat cam skema la pulak!) sebab benda ni berlaku adalah ikhwah disuruh untuk menjaga akhwat sepanjang perjalanan. Nasib baik akhwat beri kerjasama yang baik, kalau tak, tak tau la macam mana kitaorang nak jaga diaorang. Haha, hampir sejam kat dalam kereta api tu, baru kataorang tau yang kat dalam ni dia punya bising boleh tahan sebab kat sini macam pasar malam bergerak. tiap masa, ada aja orang jual. Mak ai, nak tidur pun susah.oleh kerana masa tu bukan time ana untuk jaga akhwat dan keselamatan, ana bersama beberapa orang rakan telah dibuai mimpi. Best jugak tidur bersandar pada Huzaifah, time ni lah masa untuk bermesra dengan rakan-rakan.

Dalam masa hampir dua jam tidur, di dalam tidurku terdengar suara orangbergelak ketawa terbahak-bahak, memang bising. Dah lama sikit, baru mata terbukak. Bila celik je mata ni, nampak Ammar Shahrin dan Anas ketawa terbahak-bahak, memang kuat la.. satu gerabak tu boleh dengar.masa tu, bermacam-macam persoalan bermain dihati, nak tau jugak lawak apa yang terjadi tadi. Kalaulah boleh tumpang ketawa sekali. Lepas tu, masa tengah fikir-fikir, terdengar satu suara, kuat jugak suara tu, suara itu jugak lah yang telah membuat hatiku marah dan tidak tenteram. Suara itu telah menyebut

"Sale panggang..sale panggang..” Ya Allah, pada masa tu, hanya Dia saja yang tahu perasaan ku. Patutlah diorang semua gelak macam nak mati, rupanya nama ayahku disebut-sebut dengan tidak sengaja oleh penjual pisang salai itu. Satu perkara lagi yang membuatkan hatiku tidak tenteram ialah apabila dia menanyakan kepada ku,

"Mau beli sale panggang mas?” memang masa tu nak aja lempang muka dia, tapi nasib baik iman masih bertakhta di hati, hmm yangpeliknya, akhawat yang mulanya tidur, boleh terbangun dan cuba menahan gelak. Tak tau la dia gelak sebab apa..mungkin mereka terlihat rakannya ketawa so dia pun ketawa sekali. Haha (tak tau la betul ke tak?)

Hampir lima minit gerabak tu dalam keadaan gamat. Aku tak mampu berbuat apa-apa, melainkan hanya mendiamkan diri sahaja. Alhamdulillah kawan-kawan ku memahami dan mereka pun turut senyap. Baru saja fikiran ku hampir tenang, suara itu kedengaran lagi menerjah cuping telingaku dan suasana berubah menjadi bising sekali lagi. Tapi kali ini tidak serancak pada mula-mula mereka mendengarnya. Hahaha

Bila dingat-ingat kembali peristiwa ini, didapati ia betul-betul menjadi pengalaman yang indah sekali dalam hidupku. Baru sekarng aku berasa pengen sekali merasai suasana itu sekali lagi. Hmm.

Hey, I hope that you enjoy reading it and hope that I didn’t bore you half to death..

1 comment:

  1. akhawat yang mulanya tidur, boleh terbangun dan cuba menahan gelak. -actually kitorg gelak coz reason yg sama gak.tp,seriously,mmg x baik r gelak2 nama org..hehe..semoga dapat pahala banyak2coz bersabar di atas ketidakwajaran kami ^_^ gurau ja tu..

    ReplyDelete