Tuesday, December 6, 2011

Nadhirah: Touching Moments

Alhamdulillah,akhirnya hari yang dinantikan menjelma.Program Kembara ke Jawa yang disertai 40 orang akhirnya membawa kami menjelajahi bumi Indonesia.Pada 28 Januari 2007,jam 9.45(waktu Malaysia) kapal terbang yang kami naiki selamat mendarat di bandara Jakarta.Bermulalah episod lembaran kehidupan kami selama 28 hari di bumi Jawa.Teringat pula kesusahan yang kami alami untuk mengumpulkan sejumlah wanh berjumlah RM14K. Macam-macam kerja kami buat temasuklah home services dari rumah ke rumah,mencari dana daripada syarikat-syarikat besar serta menganjurkan kursus motivasi untuk ibu bapa.Alhamdulillah akhirnya kami berjaya mencapai sasaran yang ditarget iaitu RM14K.

Hm kalau nak cerita satu lembaran catatan pengalamn selama 28 hari di Jawa,mustahil boleh dicoretkan semua sekali.Walauapapun semoga pengalaman yang sedikit ni mampu memberikan sesuatu pengajaran kepada kita semua.

Kami berkesempatan bermalam di rumah anak yatim,Yayasan Nurul Ihsan.Letaknya di Jati Keramat,Bekasi.Sambutan yang mereka berikan sangat-sangat menakjubkan dengan sambutan yang amat meriah.Mereka diasuh oleh insan yang dipangiil umi dan abi.Kami sempat bermain bersama,saling mengenali antara satu sama lain,merasai tidur dalam keadaan kasejukan disebabkan atap rumah bocor dan bercerita tentang kegemaran masing-masing.Mereka akan pulang ke rumah bagi yang masih mempunyai keluarga terdekat setiap hujung minggu.Sekurang-kurangnya kerinduan mereka terubat.Bila melihat suasana mereka tiba-tiba hati ni jadi sebak,tersentak dan macam-macam lagi perasaan lain yang tak terungkap dek kata-kata.Betapa beruntungnya kita yang masih mempunyai kedua ibu bapa yang menyayangi kita,bekerja siang malam hanya untuk mencari sesuap nasi untuk kita, mereka tak minta dibalas jasa cukuplah sekadar menghargai dan memahami apa yang mereka usahakan untuk keselesaan kita.Oleh itu,bagi kita yang masih mempunyai kedua ibu bapa,marilah sama-sama kita menghargai,menyayangi dan membalas jasa mereka semampu daya dan kudrat yang kita ada.

Hati tambah lagi sayu bila kami berpeluang ke kawasan pemulung.Di situ penempatan mereka dibuat daripada papan yang dipanggil pemulung.Di situ juga merupakan Tapak Akhir Pelupusan Sampah(TPA),di mana semua sampah akan dikumpulkan di situ.Walaupun kawasan itu ditimbuni dengan sampah dan ada longgokan sampah yang setingii bukit,namun masih ada insan-insan yang serba dhaif mendirikan penempatan di situ.Mereka merupakan penduduk luar bandar yang tak ada kerja dan datang ke situ untuk mencari duit.Mereka akan mengasingkan sampah yang boleh di 'recycle' dan kemudian mereka akan menjual sampah tersebut.Tiada peruntukan daripada kerajaan kerana mereka bukan masyarakat yang berasal daripada kawasan tersebut.Bayangkan kawasan rumah di kawasan rendah dan dikelilingi oleh longgokan sampah yang tinggi berbukit dan berbau busuk tak terkata.Makanan yang mereka makan pun daripada sisa-sisa sampah yang mereka cari.Ya Allah kalau kita hidup di situ,wallahualam berapa lama kita mampu bertahan.Nak kata busuknya sampah dari dalam kereta lagi kami dah bau.Bila keluar dari kereta masing-masing pakai losyen untuk menghilangkan rasa loya yang teramat sangat.Namun di tengah-tengah kesusahan itu,anak-anak di sana bernasib baik kerana ada sebuah sekolah untuk mereka menimba ilmu seperti sahabat-sahabat seusia mereka.Hm ni nak cerita tentang pak cik yang bekerja sebagai guru di sekolah tersebut.Sekolahnya tak besar hanya sebesar satu pondok sahaja.Asalnya cikgu ini menetap di bandar dan mempunyai karier dan kehidupan yang selesa.Namun beliau sanggup mengorbankan segala-galanya dan meninggalkan kehidupannya yang selesa dan pergi ke tampat yang serba kekurangan.Elektrik tak ada,hanya menggunakan generator.Bekalan air tak menentu dan yang paling mengagumkan bila yuran anak-anak sekolah 'free of charge'.Bila kami ajukan soalan bagaimana dengan gaji beliau.Beliau hanya tersenyum tenang dan berkata semuanya terserah pada Allah.Semoga Allah mengganjari usaha dan pekerjaan beliau dengan sebesar-besar ganjaran.Yang pasti apa yang beliau kerjakan semuanya pasti kerana Islam,kerana ingin mengembangkan dakwah hatta sampai ke ceruk pedalaman kampung.Semuanya kerana ingin mencapai keredhaan Allah dan kemengangan hakiki di akhirat kelak.Renungilah, bahawa sesungguhnya untuk mengembalikan ketemadunan Islam pengorbanan itu merupakan sesuatu yang perlu untuk kita peroleh kemenangan yang hakiki. Pengorbanan itu merupakan sunnatullah bagi mereka yang ingin istiqamah di jalan-Nya.

Kami juga diberi kesempatan mengunjungi Bantul di Jogjakarta,salah satu tempat gempa bumi.masih ada lagi kesan-kesan gempa dan mereka dalam usaha membina kehidupan mereka semula.Kami sempat ke tempuran antara sungai opak dan sungai oya yang dikatakan di situlah pusat gempa.Subhanallah maha besarnya ciptaan Allah,sejurus kami bertolak ke Bandung kami dikhabarkan Jogjakarta mengalami gempa bumi dengan skala 5 skala ritcher.(kalau tak salah).Alhamdulillah kami selamat sampai ke Bandung.Namun terbayang bagaimana agaknya nasib mereka yang baru sahaja nak mulakan hidup baru.Tapi itulah ujian Allah untuk mereka.Tapi adakah kita bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah?Semoga kita sentiasa merenunginya.

Pengalaman menarik bila kami melawati universiti-universiti terkemuka di Indonesia.Antaranya ialah Universiti Indonesia(UI) di Jakarta,Universiti Pancasila juga di Jakarta,Universiti Gadjah Mada(UGM) di Jogjakarta,dan Institut Teknologi Bandung(ITB) di Bandung.Dapatlah sedikit walaupun tak banyak kami melihat dan merasai suasana pembelajaran di peringkat universiti.Ada juga yang berhajat dan mamasang angan-angan untuk menjejakkan kaki ke universiti di Indonesia.Tapi wallahualam...rezeki di tangan Allah dan hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita.Perasaan kami tak terkata bila kami berpeluang berjumpa dengan badan kepimpinan terutama orang kuat yang duduk dalam badan kepimpinan tersebut dan lagi mereka yang bergiat aktif dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti.Kami berpeluang duduk semeja dan berkongsi pengalaman di negara masing-masing.Antara perbincangan kami ialah sekitar kegiatan sosial yang biasa dianjurkan oleh pelajar-pelajar universiti,aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan dan yang menarik bila kami membincangkan kegiatan dakwah yang dilakukan di tempat masing-masing.Sekurang-kurangnya dapatlah kami perbekalan buat kami di Malaysia nanti.

Kami juga sempat ke sekolah-sekolah menengah di Jakarta,Jogjakarta,Bandung dan Bogor.Di sana kami dapat melihat persamaan dan perbezaan sistem pembelajaran antara Malaysia dan Indonesia.Mereka juga bersungguh dalam menimba ilmu walaupun dibebani dengan jawatan dan tugasan yang berat di usia muda mereka.Adakala mereka mengorbankan masa mereka semata untuk berjaya dengan cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.Kami cukup terharu dengan sambutan yang meriah aleh masyarakat Indonesia ketika menyambut kedatangan kami.Rata-rata tempat yang kami lawati sambutan mereka cukup meriah dengan persembahannya,tempat tinggalnya dan lain-lain.Mereka sangat gembira dengan kedatangan kami kerana katanya kita ini serumpun,bila berjumpa tak terasa jauh dan tak janggal tak seperti perasaan mereka bila pelancong Barat melancong ke situ terutama kita ini sama agama.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman dan curahan rasa hati sepanjang pengembaraan kami selama 28 hari. Mula-mula tu terasa jauh dengan family. Sedih,nak balik dan macam-macam lagi. Tapi bila dah minggu ke-2 masa terasa terlalu cepat dan pantas berlalu. Hatta sekarang bila teringat sayu rasa, kadang-kadang ketawa juga bila teringat mbak-mbak dan mas-mas yang menemani kami sepanjang program berlangsung....Yang pasti masing-masing mempunyai pengalaman yang berbeza.Akhir kalam,walau di mana kita berada semoga dakwah kita seiring bertambahnya usia kita.....semoga kita tetap istiqomah di jalan-Nya


~Wallahualam~

No comments:

Post a Comment