Tuesday, December 6, 2011

Nisa': Hikmah Kembara I

I : Ngumpat aku eh?!

Lho??Macamana mereka boleh belajar dalam keadaan hingar-bingar ni??”.. Actually,akhawat berada di masjid di kawasan Islamic Centre IQRO’(x ingat nama masjid tu). Kami ditugaskan untuk mengajar adik-adik SD(sebutannya ‘esde.kalau Malaysia, SD tu sek rendah).Mereka ada kelas Al Quran. Kami diberitahu yang adik-adik ini antara pelajar yang “main-main” semasa belajar.Mmm..Padanlah bising sangat…Mereka dibahagi dalam beberapa kumpulan,1 kumpulan dalam sekitar 10 hingga 15 orang murid bersama seorang guru.Dan ada lebih kurang 12 kumpulan di ruang masjid ini.

Masa mula-mula masuk masjid,rasa merah je muka..Mana taknya,semua adik-adik pandang kami.. “Macamana nak komunikasi dengan mereka ni??”,dalam hati risau. Kami dibahagikan kepada setiap kumpulan kelas mengaji.Ada yang berdua dan ada yang bertiga.Ana bersama Ulfah & Kak Ween. First adik yang ana kenal namanya Sofiah @ bisa dipanggil Sofi aja..Ana tengok je adik sorang ni.. “Boleh tahan rajin budak ni..”. Kalau lihat adik-adik yang lain,ada yang lukis-lukis Naruto,buat homework subjek lain,macam-macam ragam. “Jap,muka Sofi ni macam familiar la..Sape ek??”,fikir punya fikir.. serupa kawanku Ameerah rupanya...Masa tu dah sengih sorang-sorang.Bila beritahu Ameerah, dia tak percaya,sampai la ana bawa dia jumpa Sofi. Tetap tak percaya jugak. Ana ajak pula akhawat-akhawat yang lain.Siap ambil gambar Sofi dan Ameer dari tepi lagi,sebab nak bandingkan.sama ke tak.Semua kata SAMA!Hidung sama,gaya sama, lukcu(comel) pun sama.Satu Ameer gede,lagi satu Ameer versi kecik..hehe..

Ana pun beramah mesra dengan adik-adik, antaranya Dino, Hamzah, Miftah,Zahra dan lain-lain ana tak terhafal namanya.Tiba-tiba ana terpandang 4 orang adik-adik ni.Salah seorangnya yang melukis semasa guru dia mengajar dan tak buat kerja yang guru dia suruh. Geram jugak kat adik ni bila dia bersikap macam tu.Tapi bila fikir balik,,aku pun pernah buat guru-guru macam tu juga.Maafkan ana ustaz-ustazah,cikgu-cikgu..Kembali kepada 4 orang tu..Banyak kali mereka pandang ana dan ana pandang mereka.Ada apa-apa yang tak betul ke?Tengok baju okje.Siap suruh Ameer check muka lagi,kot-kot ada sesuatu di muka.Tapi ok je.Takde masalah apa-apa pun. “Apsal budak-budak ni??,Sikit-sikit tengok.Tapi lepas tu gelak-gelak.Bila orang tanya,sengih je..Macam ade pape je..ooo,ngumpat aku eh?”Masa tu rasa macam panas je hati ni..Ish..ish..ish..Astaghfirullah..Su’uzon(bersangka buruk) la pulak.Last-last ana pergi ke kumpulan lain,takut ana makin sangka buruk kat adik-adik ni.

Hari ketiga di Bekasi,Jakarta.Kami dibawa bersilaturrahim bersama mahasiswa mahasiswi Universitas PancaSila dan Universitas Indonesia.Semasa sedang mendengar penyampaian dari mahasiswa UI(sebenarnya langsung tak faham dia cakap apa,sebab abang tu cakap laju.Masa tu,orang gelak,ana dan beberapa akhawat ikut gelak sama-sama even tak tahu apa yang kelakar :p) handphone ana berbunyi.Aik??ni no indonesia ni..rupa-rupanya adik Miftah.Yang mane ek??Dia nak ambil gambar ana...Mak ai..rasa macam artis la pulak. Macamana la muka Miftah ni yerk?Ramai sangat la adik-adik kat SD tu.Memang sepanjang tunggu transport nak balik ke IQRO’ tu,beberapa kali dia mesej..

“Mba,kapan nyampe ke IQRO’?” “Mba di mana dong?” Ana dah serba salah.Dia tunggu ana sampai maghrib. Akhirnya ana call dia dan beritahu ana dah ada di IQRO’.Bila Miftah dan Zahra datang, rupa-rupanya 2 orang daripada 4 orang adik-adik yang ana geram kelmarin rupanya. Rasa serba salah tu makin bertambah.Ya Allah,kan betul aku salah sangka.Tiba-tiba Zahra, beri hadiah kat ana.Then,Miftah pula ambil gambar ana guna nokia “sabun” dia. Dalam hati memang tak henti-henti marah kat diri sendiri. Last-last ana bagi mereka berdua badge kesayangan ana.Memang ana rasa malu sangat masa tu.Mmm,lain kali kena lebih husnuzon(bersangka baik),bukan kena,tapi wajib bersangka baik dalam segala situasi. Su’uzon tu bahaya,penyakit hati tu!


No comments:

Post a Comment