Hari ke-13 di Indonesia,hari ke-7 di Jogjakarta.Sekembalinya dari Bantul, kami ke Masjid Syuhada. Risausebenarnya sore tu kerana kami masih tidak pasti akan menginap di mana.Akhirnya,kami diberitahu tidak akan menginap di pesantren Asma Amanina untuk malam itu tetapi di rumah ADS/ADK(aktivis da’wah sekolah/aktivis da’wah kampus).Kami akhawat dibenarkan untuk memilih sendiri rumah akhawat mana yang kami ingin menginap.Mula-mula segan juga nak pilih.Yela nak duduk rumah orang...Dan akhirnya ana memilih untuk tinggal di rumah Dhita yang muda setahun dari ana.Selepas menunaikan solat maghrib,ana membonceng motosikal Dhita.Sebelum pergi tu,ada la akhawat yang pesan kat ana “Nisa’,jangan buli adik anti pulak.” Ana sengih je.Bila dapat topi keledar @ helmet @ helem(bahasa Indonesia) ana malu seorang diri.Mane taknya, helmet ni macam helmet untuk budak kecik kat
Balik dari Islamic Book Fair, ana berbual dengan Dhita sepanjang perjalanan ke rumahnya di Sleman.Nakhilangkan ngantuk.Sebab sejuk kena angin malam.Ana pun mula la tanya tentang diri dan keluarga dia.Kalau dari pengamatan ana,dia ni seorang yang happy go lucky.
“oo,boleh saja ukhti, Ahlan wa sahlan!”
“Kamu kelas apa di SMA?”
“Kelas 2,maaf ya ukhti,nanti jangan terkejut kalau lihat rumah ana berantakan”
“Kenapa?”
“Ibu ana ada perusahaan roti.Jadi dia selalu buat roti ..bla..bla..bla..”
“oo, anti ada berapa saudara Dhita?”
“2 aja ukhti.Ana sama adik ana”
“Cewek atau cowok?”
“Cowok.”
“Berapa usianya?”
“15 tahun,ukhti”
“Alamak??!”ana dah serba salah.takkan nak suruh patah balik kot.Sebenarnya,ana jarang nak balik rumah kawan- kawan ana yang ada abang atau adik lelaki kecuali la dalam situasi tertentu.
“Tapi,gak papa ukhti.Adik ana tu juga ikhwan.”bila dengar dia cakap macam tu baru reda sikit rasa gelisah tu.
“Kenapa kamu kata dia tu ikhwan?”
“Anti,ibu bapa ana kamu belum lihat lagi.Ibu ana gak pakei kerudung.Nanti kamu sendiri bisa lihat.”Baru la ana faham kenapa dia cakap macam tu.
Sampai di rumah,ana nampak ayah Dhita tengah kemas rumah.Maybe keluarga dia dah tahu ana nak mabit kat rumah mereka kot. Malam tu kami berdua makan tengah malam sate kambing.Masa tu adik dia belum tidurlagi.Ana sempat la berbual sekejap dengan ayah dia.Ayah dia cerita la yang dia pernah pergi
Esok paginya,ana ikut Dhita ke sekolah dengan berbekalkan roti keju dan coklat yang diberi oleh ibu dia. Gratistu!Enak banget untuk dimakan!Full cheese pulak tu.Baru keluar oven,so mesti la panas lagi.Kami berdua pergi dengan menaiki motosikal.Ntah macamana ana boleh tertinggal jaket di rumah dia.Terpaksa la kami berdua patah balik. Alhamdulillah, masa ana teringat tu, kami masih belum jauh lagi dari rumah dia . Serba salah ana dibuatnya.Tapi,ada hikmah kami patah balik,hehe..sebab baru tahu,dari kawasan perumahan dia tu boleh nampak puncak Gunung Merapi yang mengeluarkan asap. Dhita bersekolah di Madrasah ‘Aliyah(Sama dengan sekolah agama di
Ana pun ikut la Dhita keluar masuk kelas dia. First,subjek bahasa Indonesia.Ana kena kenalkan diri di hadapan. Hmm, pelik.Ana relax je ke depan perkenalkan diri.Apsal berani sangat aku ni?Biasa kalau nak cakap kat depan menggeletar macam kena air sejuk.Subjek seterusnya Matematika.Hehe teringat ustazah yang ajar ana mathdan add math kat SMIH.Bila tengok kertas kerja Dhita dan kawan-kawan dia yang dapat markah bawah ¼ daripada 100 markah,lagi la teringat masa belajar add math.Hehe,macam rupa ana dengan kawan-kawan ana bila dapat markah latihan add math. Sebijik!Waktu rehat,Dhita bawa ana ke kedai sekolah.Sebab terlalu haus,ana beli air Cola.Tahu kena boikot,tapi sebab tak berani nak try air lain. Kononnya,takut tak masuk tekak.Tengah syok minum,ana pergi offer kat Dhita. “Gak mau ukhti.Terima kasih aja.” “Kenapa?” “Itu produk Yahudi” Dushh..kena kau!Ana diam je.Fuhh,memang istiqamah dia ni.Teringat ana dengan kawan-kawan ana.Kalau dah rindu sangat nak makan Pizza Hut,KFC pergi jugak..Pergghh,nak banding aku dengan dia,masya ALLAH…
Seterusnya,kami berdua makan di kantin.Waduh kok kecil banget kantinnya??..Lagi selesa kantin SMIH. Insaf tak nak komen kantin lagi,hehe..Kantin kecil tu digunakan oleh 2 buah sekolah iaitu SMA dan SMP.Kebetulan masa ana dan Dhita ada,pelajar SMP pula serbu kantin tu.Jadi terpaksalah kami berdua duduk di tepi pintu kantin.Nasib la,asalkan ada tempat duduk.Sambil ana minum,ana perhati gelagat pelajar-pelajar di situ.Yang menarik perhatian ana,ada pelajar lelaki duduk bersebelahan dengan pelajar-pelajar perempuan. Dan salah seorangnya menepuk pelajar lelaki itu,bersentuh kulit.. Pelajar perempuan yang lain memakai tudung,tetapinampak rambut di bahagian belakang(rambut lebih panjang dari tudung).Tiba-tiba,ana terlihat seorang pelajarperempuan ni,dengan selambanya dia membuka tudung,without pakai scarf(nampak la rambut dia 100%) depan cermin then pakai balik lepas betulkan tudung dia.Rasa nak terbeliak juga biji mata. Ni sekolah agama ni.Takkan tak faham lagi konsep aurat kot??Wallahualam.Situasi tadi tu sememangnya ana dah biasa lihat di
Selepas rehat,ana ikut Dhita masuk makmal kimia.Mereka ditugaskan untuk buat eksperiman asambasa(asid bes).Teringat balik zaman sekolah masa belajar kimia, eksperimennya sama..Seterusnya,subjek yang terakhir,English.Perghh..memang Allah permudahkan ana. Syukur sangat..Mana taknya,masa kat sekolah,langsung tak berani nak
At last,Dhita bawa ana makan bakso.Konklusi dari sepanjang 1 malam 1 hari bersama Dhita,hidup ini pelbagai corak.Masing-masing individu mengalami rutin yang berbeda.Selain itu,memang benar firman Allah, “Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara..(49:10)”,sebab ana rasa ana dengan Dhita macam dah berkawan lama.Ana respect Dhita.Dia mempunyai kekuatan iman yang tersendiri. Sememangnya kita tidakdapat menilai keimanan seseorang. Tapi ,ana nampak kekuatan dalam diri Dhita bila dia tetap dengan tudungnya walaupun keluarganya tidak mengamalkan kewajiban aurat.Kemudian,ana ingat maybe kekuatan sukses penutupan auratnya adalah dari sekolah,tapi bila lihat keadaan sekolahnya, wow(ooppss,Subhanallah!) dia ada kekuatan tersendiri.Dia aktif menyertai majlis ilmu,dan mungkin ini antara penguat prinsip dia...
No comments:
Post a Comment