Tuesday, December 6, 2011

Atiqah Khuzaini: Harga semangkuk sup buah

Mendapat peluang untuk turut menyertai dalam R2J was like tiba-tiba and tanpa diduga memandangkan ana bukanlah pelajar SMIH.Pada pertengahan disember,kami diberitahu bahawa ada 7 tempat kosong bagi peserta kem Madrasatul Hayaah Islah untuk kembara ke Jawa.Alhamdulillah,walaupun dengan sangat banyak halangan,kami dapat juga berada bersama-sama pelajar SMIH di LCCT pada 23 Januari.

Setelah mabit 6 hari di Jakarta,kami meneruskan perjalanan ke Jogjakarta yang merupakan 10 jam perjalanan menaiki kerta api (fuuh..an unforgettable experience!!).pada hari kedua kami di jogjakarta,kami berkesempatan untuk menjalankan silaturrahmi bersama ikhwah universitas gadjah mada.Kira2 jam 10 pagi kami diberi penerangan terperinci mengenai UGM daripada peta lokasi hinggalah organisasi jamaah salahudin atau badan islam di universitas tersebut.hampir waktu zuhur,kami menaiki mobil untuk solat di msjid kampus UGM atau MASKAM.usai solat,kami meneruskan sesi silaturrahmi dengan akh Abut,presiden mahasiswa UGM. Beliau sangat bersemangat menerangkan tentang ideologi dan operasi mereka.Antara kata-kata beliau yang menarik ialah mereka mensasarkan untuk melakukan demonstrasi sekurang-kurangnya 6 kali sebulan,dan adalah penting bagi mereka demonstrasi itu diberi liputan oleh pihak media.mereka selalunya akan membakar sesuatu bagi menarik perhatian pihak media agar mesej mereka dapat disampaikan kepada masyarakat.

Setelah makan,kami kembali berkumpul dan berpecah kepada 2 kelompok untuk tujuan lawatan.alhamdulillah,kumpulan ana menuju ke bangunan fakulti2 yang menjadi minat ana.walaupun begitu,kami tidak masuk ke dalam bangunan,sekadar melihat dari luar sambil mendengar penerangan.kami juga berkesempatan untuk melihat sendiri tapak dimana siswa sering mengadakan demonstrasi.dalam perjalanan pulang semula ke MASKAM,atas budi pak casudi membelanja kami, dapatlah kami merasa sup buah, sup yang mirip cocktail di malaysia,cuma yang uniknya ialah semua buah yang terfikir di minda dicampur bersama.(from durian and salak to anggur!)



Bagi ana,inilah permulaan satu ujian.Sejak awal lagi,memang ternyata sup buah tersebut kelihatan dapat membahayakan perut ana yang sejak dulu agak sensitif pada kebersihan makanan.Namun dengan alasan tawakkal dan hanya nak merasa,habis juga semangkuk ana makan.Malam tersebut,ana dan beberapa akhawat yang lain sakit perut,tapi alhamdulillah tidak teruk.Cuma sekadar diarrheoa sekali dua,malah ada yang tak sakit langsung.Namun 7 hari berikutnya,ana masih mengalami sakit perut yang munculnya hanya sekali sekala.

Selasa,6 februari 2007,kami mengunjungi jogjakata islamic book fair.ramai juga yang memborong buku.Walaubagaimanapun,sepanjang berjalan ana merasakan sakit perut yang teramat sangat,sehingga akhirnya ana mengambil keputusan untuk duduk.Kebetulan pada waktu itu,ramai akhawat sedang berkumpul dan mereka sangat risau dengan keadaan ana,muka ana waktu itu sudah agak pucat.Sejujurnya,waktu tu ana memang pening,loya sangat,n seram sejuk.Akhirnya kerana teramat loya,2 orang akhawat memapah ana ke bilik air(maaf ana tak ingat siapa,walau apapun jzkk!)dan pada waktu itulah akhirnya ana pitam dan menimbulkan kekecohan.

Malu tak terkata.that was how i felt.Mana taknye,penjual-penjual berhampiran semua datang tolong,tolong sediakan kerusi and stuff.Terharu sangat.Malah mba irena,staff yang menjaga booth bulan sabit merah turut datang membantu.Beberapa akhawat r2j memanggil pakcik mazlan yang dengan tenang memerhatikan keadaan ana sambil bertanya symptoms.Akhirnya,pakcik mazlan menerangkan kenapa ana pitam,katanya disebabkan hypotension kesan dari food poisoning.Kata beliau,mana taknya,ana diorrheoa terlampau lama dan kerap buang air kecil untuk flush out the bacteria.Hasilnya,kandungan air dalam badan berkurang dengan drastik so tekanan darah rendah.Jantung perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah,akhirnya jantung pon 'pancit',dah tak larat nak pam darah ke otak so badan ana pun di'suruh' baring supaya jantung tak perlu lawan tarikan graviti untuk pam darah ke otak.Hihi,seronok juga dengar penjelasan pakcik mazlan.Setelah dipaksa minum SEBOTOL teh indonesia(lebih kurang teh jasmin kat sini),makan sedikit muffin,kami soma dan seterusnya menuju ke dinas menaiki bis.

Di dinas,agenda kami ialah conference dengan pelajar farohis jogja.Lama juga kami duduk di situ,hingga akhirnya ana pitam sekali lagi.Tapi alhamdulillah waktu tu dah agak expert,kami segera mengikut segala penerangan dr mazlan sebelumnya.Namun begitu,peristiwa inilah yang membuatkan dr mazlan sangat risau,katanya pelik kenapa badan ana tak recover lagi.dr mazlan memikirkan cara selain dari ke hospital kerana katanya kalau di malaysia pasti ana dah kena masuk 6 botol air to flush out the virus dari food poisoning.malam tu,ana dibekalkan dengan sangat banyak ubat,beberapa paket hydrated salt, dan air isotonik serta dr mazlan membuat keputusan ana tak dibenarkan naik ke gunung merapi pada keesokan harinya.

Honestly,ana sangat sedih,berbagai ayat dilafazkan supaya dr mazlan tukar fikirannya namun tak berjaya.sakinah cuba memujuk ana malam tu,tapi last-last katanya jangan haraplah ayah ana akan ubah fikiran,hehhe.

Esoknya,seriously ana rasa sangat sihat (aside of pening lalat), namun pakcik mazlan tetap bertegas.Alhamdulillah, berkat mengikut nasihat beliau, hasil solat hajat ikhwah akhawat, serta doa semua ana sihat walafiat esoknya.

But then,that is the price that I have to pay 4 eating a bowl of sup buah..sangat mahal rasanya,namun banyak hikmahnya. Seperti pesanan pak udi, semua perkara yang berlaku sepanjang kami di jawa adalah tarbiyah,dan alhamdulillah peristiwa yang berlaku pada ana memberi pengajaran yang tersendiri buat mereka yang berfikir.Kalau ada yang bertanya pada ana aktiviti apa yang paling bermanfaat bagi ana sepanjang perjalanan road 2 java, pasti ana akan menjawab kunjungan ke universitas-universitas. Kerana disitulah ana mendapat gambaran sejelas-jelasnya tugas dan peranan ana sebagai da'ie.But then on top of all of it,yang paling istimewa,pastinya kunjungan ke UGM kerana 'harga' sup buahnya.

No comments:

Post a Comment