Friday, December 2, 2011

Aina: Jakarta penuh inspirasi

Pejabat JIM Skudai, 22 Januari 2007

Pertemuan yang direncanakan untuk menyampaikan pesanan dan nasihat oleh ibu bapa dan pihak organizer. Kami berkumpul dan membetulkan niat serta tujuan kami ke Jawa. Dr. Shahrin bagi sedikit briefing dan diikuti ucapan wakil ibu bapa. Kemudian kami di minta untuk memilih ketua kumpulan kami yang bakal menerajui pimpinan ketika di perantauan nanti. Pakcik Mazlan kemudian mengagihkan pil malaria kepada kami untuk mengelak terkena wabak ini.

kita dulu dapat warna hijau-putih/merah-putih. habiskan ye. setiap hari sebijik. dan...ramai yang terlupa kan...

Selepas bersalaman dan bermaaf-maafan antara kami dan ibu bapa kami bersiap untuk menaiki bas yang sudah sedia menunggu kami untuk ke KL. Dalam perjalanan, aku hanya berbual dengan Syaimaa’ tentang banyak perkara. Later on, Pak Andan dengan Asim bernasyid lagu Ruhul Jadid. Then, dengan Ammar pula nasyid lagu Merah Saga. Lepas tu nasyid ramai-ramai lagu lama, Wahai Mujahid ke macam tu lah tajuk nya.

Suasana menjadi sunyi tapi aku dan Syaimaa’ masih tak tidur lagi. Kami berbual sampai jam 3 pagi sehingga rasa penat dan mengantuk.

Permulaan yang bersemangat!

Seat 18E, AirAsia, 23 Januari 2007

Bermula sebuah kembara!

Kami tiba di LCC-T pada jam 4.30 am dalam keadaan mengantuk dan lesu. Biasalah baru bangun tidur. Kami mengumpulkan barang-barang kami dan bertemu dengan peserta dari KL. Kami diberi T-shirt, topi dan button badge serta name tag dengan lambang R2J. Pakcik Mazlan yang akan mengiringi kami ke Jawa memberi kami kumpulan untuk check-in nanti. Kemudian ada antara kami membersihkan diri dan bersedia untuk check-in. Pakcik Mazlan nak kami check-in dulu takut terlewat nanti sebab kami ramai. Kami terus ke kaunter check-in dan check-in!

Kami bersegera ke musolla untuk solat subuh. Kecil nya bilik solat tu, sempit sangat dengan kami yang ramai ini, bersesak-sesak. Sambil menunggu panggilan untuk board kapal terbang kami mengisi kad ketibaan dan pelepasan yang berwarna hijau itu. Belum sempat siap, kami dah dipanggil untuk boarding. Kami pun bergegas ke pintu masuk dan tepat jam 6.30 am kami boarding plane.

Dan sekarang kami sedang membelah awan biru merentasi sempadan negeri yang terpisah dengan Selat Melaka. First time naik AirAsia pelik juga, kalau MAS dapat air minum tapi ini tak pula. Bising pula tu, dah la kena cari seat sendiri. Sabar!

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam kata pramugari tu. Kami sempat menyiapkan mengisi borang hijau tadi. Kapten kapal tu kata jarak antara KL dan Jakarta 670 batu nautika, lebih kurang 1200 km, macam tak betul je. Entah la, he’s the captain!

Jakarta, 23 Januari 2o07 – 28 Januari 2007

Alhamdulillah kami selamat tiba di Jakarta. Sekarang kami tengah tunggu program untuk petang ni. Aku duduk di tepi pintu masjid menghadap pokok pelam epal yang banyak berjuntai tu. Sedap nya kalau dapat petik satu! Perjalanan siang tadi sangat meletihkan bagi kami. Bayangkan perjalanan dari airport ke Islamic Centre selama 2 jam di dalam bas. Hampir semua dari kami tidur sepanjang perjalanan. Kami tiba di Islamic Centre dengan selamat dan di raikan dengan baik sekali. Kami terharu dengan cara mereka menyambut tetamu, dan bagiku kita patut mencontohi mereka dalam hal berkaitan tetamu ini. Ye lah, memuliakan tetamu itu kan salah satu adab dalam Islam. Seperkara lagi yang membuat aku kagum ialah setiap kali mereka memulakan majlis pasti di dahulukan dengan bacaan ayat suci al-Quran. Walaupun kita juga selalu buat macam tu tapi tak kerap.

IQRO'-yang kita tengok dalam cerita Sang Murabbi:))

Bagi akhwat, kami menetap di rumah Ummi Iski tapi ikhwah terpaksa menetap di beberapa rumah di sekitar IQRO’. Kami makan, mandi dan mengemas beg aku yang seberat 17.5 kg! Kami juga berkenalan dengan isteri Pak Casudi, Mba Budi. Orang nya lembut dan pemalu.

Banyak yang aku perolehi selama beberapa jam aku di sini, keramahan penduduknya, kemurahan hati mereka dan kelembutan mereka. Aku harap aku juga dapat mengambil apa yang baik selama berada di Jawa.

Malamnya ada taujih tapi ternyata semua syahid sebelum berjuang! Aku tahu tajuk taujih nya tapi satu isi pun tak dapat ambil. Pulang dari masjid, kami makan malam dan bermulalah sesi berkenalan dengan keluarga tuan rumah dan panitia. Pak Mardani turut hadir memberi ucapan. Akhirnya masa untuk tidur pun tiba.

Selepas solat subuh dan hafalan, kami dibawa berjalan-jalan sekitar IQRO’. Sepatutnya waktu ini adalah waktu riadhah tapi sama juga kan. Kami melihat penempatan di sekitar IQRO’ dan kami jumpa sesuatu yang menarik! Barbie Doll, tapi versi Indonesia. Doll itu pakai tudung dan berbaju yang sopan dan menutup aurat! Comel dan mengkagumkan!

Sepanjang berada di Jakarta banyak tempat yang kami lawati, bukan lawatan tapi lebih kepada study tour la. Kami ke Universiti Indonesia (UI) dan Universiti Pancasila (UP) untuk mengetahui dakwah kampus mereka dan bertukar-tukar maklumat. Saelain itu, kami juga dapat menjalinkan silaturahim antara pelajar Malaysia dan Indonesia.

Kami juga di bawa ke Darul Aytam Nurul Ihsan di jati Kramat. Dapat adik angkat! Best sangat pengalaman di sana. Tersentuh melihat adik-adik di situ menjalani kehidupan tanpa ibu dan bapa. Seharusnya kita yang mempunyai ummi abah, mama papa, mak ayah sepatutnya bersyukur yag amat. Ini pun masih lagi lawan cakap mereka, malas, degil dan segala macam la! Pelik manusia ni! Ketabahan setiap anak-anak yang menetap di situ menumpang secebis kasih ummi dan abi yang menjaga mereka sangat mengharukan.

Ya ALLAH, kau tabahkan lah hati mereka menghadapi dugaan hidup dan rahmatilah kedua ibu bapa mereka yang telah pergi. Amin.

Walaupun hanya untuk satu malam dan beberapa jam siang tapi, cukup untuk mewujudkan kasih sayang dalam diri kami. Bagi yang ada adik di tanah air, terasa rindu dan yang tiada (Nisa’ la tu!) pengalaman itu cukup bermakna. Semoga jalinan ukhuwah ini akan berkekalan dan sentiasa diberkati oleh Nya.

ROMPI atau Rumah Orang Mental dan pemuda Indonesia juga menjadi destinasi kami. Menteri Olahraga dan Belia Indonesia turut hadir meraikan kami dengan stesen TV ‘tak tau’. Bangga seketika, macam jadi duta negara pula! Tapi tak bertauliah la! At least dah rasa masuk TV, TV Indonesia pun jadilah.

*****

Busuk! Itu antara ayat pertama yang terkeluar dari mulut kami ketika kami tiba di kawasan pemulung di Jakarta. Ini sebenarnya tempat pembuangan sampah akhir bagi wilayah Bekasi dan Jakarta yang menjadi penempatan sesetengah manusia yang bagi kita tak bertamadun! Sanggup mereka tinggal di tempat sampah semata-mata untuk mencari rezeki. Itu lah Indonesia, negara yang terlalu padat dengan penduduk sapai kadar pengangguran tak tercapai tingginya. End up jadi tukang kutip sampah. Kalau sekadar kutip je tak apa lah lagi, ini dah berkampung dan beranak-pinak di situ. Pertanyaan yang sentiasa terbayang di kepala kami ialah, ‘tak kena penyakit ke diorang ni?’ Tapi mereka sihat walafiat dan cergas je. Pelik kan? Dari generasi ke generasi mereka menetap di situ, yang pelik tu si bapa tak kisah anakya tak ada pendidikan, yang anak pila tak ada rasa ke nak memperbaiki keadaan keluarga? Tapi, mereka ni bukan miskin papa kedana, kaya bukan main! Sebulan pendapatan boleh mencecah 1 juta rupiah, bagi mereka banyak tu.

Mentaliti manusia zaman sekarang, duit sesaja. Bagaimana dengan solat? Akhirat tak di jaga, sampai 7 keturunan tak kenal Islam agaknya. Astaghfirullah!

Itu lah antara pengalaman kami ketika berada di Jakarta. Banyak perkara yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran. Semoga ALLAH sentiasa bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin.

No comments:

Post a Comment