Wednesday, December 7, 2011

Huzaifah: Tarbiah Road to Jawa

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurnia rezekiNya, kita masih diberikan kesempatan beramal untuk bekal selepas mati. Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad s.a.w dan sahabat, yang dengan perjuangan mereka kita bisa menikmati rahmat Islam yang pernah suatu ketika dulu memberikan keadilan dan kesejahteraan pada umat manusia sejagat.

Wisata rohani (macam Aa Gym kate)

Kesempatan oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi Jawa ini merupakan satu peluang seumur hidup yang tidak akan dapat dikecapi selepas ini. Kalaupun dapat pergi lepas ni….confirm tak sama. Sebab ape? Sebab ini bukan wisata (melancong) semata-mata yang kita boleh pergi bila-bila masa, tapi ini ialah program tarbiah internasional yang dirancang secara sistematik dan terancang antara ikhwah Malaysia dan Indonesia. Ini bukan program untuk tengok budaya dan seni masyarakat Indonesia. Ini juga bukan untuk merasa makanan Indonesia yang bermacam-macam. Tapi ini program yang ikhwah rencanakan dengan peluh, masa dan wang yang beribu-ribu semata-mata untuk melihat lahirnya generasi penerus perjuangan mereka.

Indonesia…..bumi yang subur

Dakwah di Indonesia sangat subur. Kat mane pun kite pergi, kat situ mesti ade ikhwah. Daripada bandar yang paling serabut kat dunia, Jakarta ( ana rase ah), sampai kat kawasan pemulung (tempat pembuangan sampah), ikhwah confirm ah ade. Pelik…kat atas bukit sampah yang pemulung tinggal pun ade pejabat PKS. Hebat….

Itu belum lagi kat sekolah menengah pertama (SMP), sekolah menengah atas (SMA) dan universiti. Sekarang ni dakwah sekolah dan dakwah kampus tengah rancak berjalan walaupun kadang-kadang ditekan pemerintah. Kebanyakan Badan Eksekutif Mahasiswa, BEM (macam MPP) universiti kat Indonesia dikuasai oleh ikhwah, macam Universiti Gadjah Mada, Institut Teknologi Bandung dan lain2. Sampaikan diorang bentang tikar (macam rehlah) untuk buat usrah, haloqah, mesyuarat dll kat taman, tepi kolam dll. Selambe je…tapi tak de orang yang tegur.

Dakwah rancak…maksiat pun rancakkk.

Antara faktor dakwah di Indonesia rancak ialah kerana kebebasan yang diberikan pemerintah sehingga hampir-hampir tiade kawalan. Bagus la, untuk dakwah….tapi masalah jugak sebab kristanisasi, masalah sosial, dadah, ganja pun berleluase. Iklan dan program TV diorang tiru sebijik macam barat punye. Berape ramai yang dah terjebak dalam dadah, yang lahirkan lepas tu buang anak dll. Mat rempit je takde sebab jalan penuh siang malam. Sampai ade bandar yang kristian jadikan markas untuk kristiankan orang Islam. Namun, kite syukuri dakwah tetap bergerak laju walupun terpakse melawan arus hedonisme yang melampau.

Perubahan yang diimpikan

Pak Casudi berkate ikhwah2 di Indonesia bersusah-payah untuk mengumpulkan duit sebanyak Rp 300 ribu (dalam RM 120, nilai yang besar di Indonesia!) untuk mengikuti mukhayyam selama seminggu. Tapi, hasilnye berbaloi. Mereka pergi sebagai peserta, tapi pulang sebagai MUJAHID!!! Jadi, seharusnye,peserta R2J yang ikut program ni selama 4 minggu, harus 4 kali lebih baik daripada kader baru mereka.

Kami berubah ke?? Ke same je?? Seharusnye setiap peserta lebih tahu ape yang mereka perolehi dan perubahan pade diri mereka. Segalanye telah diberikan oleh ikhwah Malaysia dan Indonesia, namun hanye kite yang berupaye menggerakkan perubahan itu.

Perubahan tu bukanlah mudah dan berlaku sekelip mate, tapi ianye beransur-ansur. Yang penting kite menuju pada perubahan tersebut.

Ana rase cukup sekadar itu. Terima kasih pada semua terutamanya pembimbing kami, Dr. Mazlan, Pak Cik Omar dan Pak Cik Muhsin. Jzkk.

Huzaifah Md. Nor

No comments:

Post a Comment