
R2J tanpa kenderaan amat melelahkan. Kami bergerak dari utara ke selatan, dari timur ke barat. Siapa yang mampu bergerak tanpa bantuan dari kenderaan yang ada?. Dengan adanya kenderaan jugalah kami dapat melaksanakan misi kami tanpa sebarang halangan. Walaupun berkenderaan, kami masih tetap diuji dengan pelbagai dugaan...MasyaAllah!
Kenderaan pertama kami amat mewah sekali. Ada juga yang diantara kami yang pertama kali menaikinya. Kami menaiki penerbangan Air Asia seawal jam 6.30 pagi (itupun sebenarnya dah terlambat kerana check-in mengambil masa yang lama). Dugaan pertama dalam penerbangan kami ialah kami mengalami kelaparan yang amat sangat! Huh!. Perut pun dah menyanyi-nyanyi minta diisi. Hampir semua diantara kami masih belum sempat bersarapan..(mane ade orang yang sarapan jam 5 pagi!). Tambahan pula, Air Asia tidak menawarkan perkhidmatan seperti Malaysia Airlines, makanan yang disediakan perlu dibeli. Oleh kerana tidak sanggup menahan lapar, akhirnya ada juga yang membelinya. Namun nun jauh di belakang kabin, yang jauh dari pandangan orang ramai, terdapat satu sindiket menyeludup makanan. Astaghfirullah!!
“cepat la keluarkan!,”
“ish, boleh ke?
“boleh je, ana dah tahan dah ni”
”kalau dengan family boleh la, ade alasan adik kecil, kantoi nanti nak cakap apa?”
“ala..sorok bawah tudung la , mesti crew tak nampak”
“alamak!, beg ada kat compartment atas la”
“ambil je la, yang penting dapat makan”
“hehehehe..memang dasar lapar betul la anti ni!”
Lalu si kawan tadi lantas mengambil beg yang terletak di compartment atas
“asal la ana tak teringat nak bawa makanan macam anti ni?’
“makanan ni mak ana yang bawakan la”
“hmm..nugget yang biasa ni dah rasa macam luar biasa pula”
“tu tanda orang yang sangat-sangat lapar tu”
“hahaha”
Mereka ketawa bahagia..
No comments:
Post a Comment