Tuesday, December 6, 2011

Azlan Shah: Ambassador of Malaysia

Road to Jawa..hanya 39 orang remaja dari hampir 29 juta rakyat Malaysia telah berpeluang melangkah diatas bumi jawa selama 28 hari..mencari pengalaman,menimba ilmu..yang penuh bermakna..Alhamdulillah ana dipilih menjadi seorang daripadanya..jadi secara individu dalam 28 hari tersebut, tempat yang paling ana suka adalah Jogjakarta..10 hari di Jogjakarta, kota yang digelar kota pelajaran dan kota seni budaya..pengalaman yang ana peroleh disitu hanya dapat dilalui sekali dalam seumur hidup..

Antaranya adalah..kami peserta R2J telah berpeluang mengadakan 'International Education Conference' iaitu kami mewakili Malaysia dalam sidang bersama ratusan pelajar terbaik dari kota Jogjakarta yang mewakili Indonesia..sidang ini juga dihadiri pegawai2 pendidikan Jogjakarta dan pengetua2 sekolah di kota Jogjakarta..

Satu lagi program yang menarik adalah kami telah diserahkan kepada student university untuk tinggal sehari bersama mereka,menjalani dan menghayati kehidupan mereka sebagai pelajar university..ana rase begitu bertuah dapat seorang abang yang hebat, beliau seorang menteri di Universti Gadjah Mada (UGM), kami diserahkan pada waktu petang, malam tersebut ana telah dibawa abang tersebut ke alun-alun,sebuah lapangan yang penuh sejarah dan misteri..

Keesokannya pula ana telah dibawa ke kampus UGM..pengalaman pertama disitu adalah melihat pelajar2 university berdemostrasi..disana kelihatan kelibat media dan sewaktu dengannya..kemudian ana telah dibawa ke pejabat badan esekutif mahasiswa (BEM)..rupenye mereka ada mesyuarat bersama president BEM..dengan bangga ana melibatkan diri dalam mesyuarat..dah lame bosan pulak, jadi ana mintak diri keluar dan pegi jalan2 kampus..tengok2 orang indonesia..fesyen dan kelakuan mereka yang unik..

Sehingga mejelang waktu zohor, selepas solat, badan dakwah UGM ada mengadakan program bersama bekas President UGM, kini beliau seorang terkenal disana..ana sedang terpinga2 diajak turut serta..selepas selesai sesi bersama bekas president tersebut ana pula dijemput kehadapan, mereka ingin mengadakan sesi bersama ana yang datang dari Malaysia.. fuh nak pecah jantung mase tu..tapi dengan meletakan harapan yang tinggi kepada Allah, ana telah melaluinya..tajuk yang dibincangkan adalah Da'wah Islam di Malaysia, soalannya berkaitan politik dan segala macam..dah abis tu di interview pulak oleh majalah yang ada kat UGM tu...fuh ini adalah antara ujian Allah yang paling besar bagi ana selama ana berada disana...

Kalau nak diceritakan lagi, terlalu banyak pengalaman yang kami lalui seperti melihat kemalangan ngeri depan mata dan byk lagi..ana rasa ckup yang ini shaja untuk dikongsikan bersama..apepun antara kesan yang paling besar ana alami setelah pulang dari Jawa adalah dakwah adalah satu perkara yang sangat penting,dan satu lagi,setelah pulang dari jawa baru ana sedar bertapa ana bertuah dilahirkan di Malaysia dan dapat hidup dengan aman di Malaysia..Alhamdulillah~

No comments:

Post a Comment