
Mula
Suatu pagi sewaktu aku pulang bekerja di hospital, isteri tercinta mengusulkan satu permintaan. “Bolehkah abang jadi pengiring bagi anak-anak Hidayah ke Pulau Jawa?” “Cuti abang masih banyak lagi; kan begitu!”. Aku terdiam lalu merenung jauh ‘consequences’ jawapan yang bakalku beri. Banyak persediaan diri, keluarga serta perjawatan yang perlu dibuat selepas ini.
“Pesawat AirAsia AK925 dari Kuala Lumpur selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta, alhamdulillah”, kata hatiku pada jam 8.45 pagi waktu Malaysia Selasa 23 Februari 2007. Bersama dalam penerbangan ini ada 39 orang putera-puteri dari Malaysia – dari sekolah-sekolah al-Hira, al-Amin, MRSM, SMA Johor Bahru serta Hidayah, Skudai. Kebanyakan mereka belum kukenali mereka secara dekat. Aku bergerak ke bahagian belakang pesawat lalu memerhatikan semua anak-anak cemerlang tersayang ini bergerak perlahan-lahan keluar dari pesawat. Siddiq berpatah balik masuk ke dalam kabin pesawat kerana tertinggal dokumen imigresen ‘departure card’. Aku ikuti beliau dari belakang – to make sure everything were in order and the children were safe. Kemudian aku mengubahsuai jamtanganku mengikut waktu tempatan Jakarta.
Itupun ada yang masih ada keciciran dompet kecil dalam pesawat – terkeluar dari baju jeketnya. Sebagai pengiring aku hanya ketahui selepas 2 minggu dari peristiwa tersebut. Kesian, susahnya jadi ‘bapa angkat’ kepada anak-anak remaja ini sebelum mendapat keyakinan mereka. Alhamdulillah, selepas pulang dari Jakarta nanti, perkara tersebut dapat diselesaikan oleh ibubapa remaja tersebut.
Makan Pertama
Kami semua selamat tiba di Yayasan Islamic Center Iqro’, Bekasi, Jakarta Timur tempat penginapan kami selama 6 hari jam 11 pagi waktu tempatan Jakarta setelah berjalan kaki di suasana redup dan hujan renyai-renyai. Di bahagian atas rumah Pak Sunu Samartono, kami diberi makan sarapan ringkas – air mineral, sari rasa lemper special, kuih risol dan kuih pisang. Waktu zohor adalah jam 12.07 tengahari. Kami dijamu dahulu untuk makan tengahari sebelum solat di masjid Yayasan Iqro’.
Pengajaran: Makan-minum secukupnya adalah penting bagi remaja-remaja Malaysia ini untuk mencapai kejayaan dalam misi pengembaraan ‘Road to Jawa’ 2007.
Institusi Anak-Anak Yatim, Miskin [Dhuafa’] dan Cacat Penglihatan
Remaja kita begitu prihatin dan sensitif terhadap kebajikan mereka yang kurang bernasib baik di perantauan. Apabila mereka disusun untuk berinteraksi dengan anak atau pemuda-pemudi di Rumah Anak Yatim, Darul Aytam Nurul Ihsan, Bekasi, Jakarta, Darul Aytam Nurani Insani, Semaki, Yogjakarta, Rumah Yayasan Anak Cacat Penglihatan {Yaketunis], Yogjakarta serta Sekolah Darurat/Sementara Madrasah Aliyah Ummatan Wasathon, Imogiri, Kabupaten Bantul, Jogjakarta, anak remaja dari Malaysia dapat bercampurgaul dengan baik, memberi kata-kata motivasi yang memberangsangkan malah memberi derma berupa wang jutaan rupiah yang dikumpul dari poket masing-masing kepada yang memerlukannya. Alhamdulillah.
Pengajaran: Kerja-kerja kebajikan seperti membantu kehidupan anak yatim dan miskin adalah dikira ibadah kepada Allah SWT; danjurkan oleh agama kita.
Institusi Pengajian Tinggi dan Pondok Pesantren
Mereka dibawa melawat malah diberi peluang untuk tinggal bersama mahasiswa-mahasiswi Indonesia di asrama tempatan. Tempat-tempat seperti Universitas Pancasila, Universitas Indonesia [Jakarta], Universitas Gadjah Mada [Jogjakarta], Pondok Pesantren Takwinul Muballighin [Condongcatur, Sleman], Pondok Pesantren Terpadu Nurul Yakin [Telogo, Imogiri], Pesantren Mahasisiwa Daaru Hiraa [Malangrejo, Sleman] serta Pesantren Mahasiswi Asma’ Amanina [Marguwoharjo, Sleman] akan dapat mencorakkan daya fikiran dan perjuangan anak-anak Malaysia untuk turut menyumbang dalam dakwah kampus di suatu masa nanti, insyaAllah.
Kenangan: Usaha-usaha dakwah dan tarbiyah dulu di kampus sains dan kampus perubatan mencorakkan kehidupanku masa kini.
Hanya Perlu 9 detik Gegaran Bumi
Pak Abdul Razak, imam dan guru di Pesantren Nurul Yakin, Telogo, Imogiri, menceritakan kepadaku dan rombongan Malaysia bahawa semua bangunan rumah, kedai dan sekolah runtuh dengan kehendak Allah di kawasan kampungnya dalam tempoh 9 saat sahaja telah ‘kiamat kecil’ pada waktu pagi hari Sabtu 27 Mei 2006. Gambarkanlah.. dalam tempoh tersebut gegarannya turut dirasai hingga ke utara Propinsi Jogjakarta sehingga hampir 1 minit. Sungguh menggerunkan! Daku mendapat peluang bersama Muddassir dan Luqman untuk pergi ke pusat gempa Bantul apabila Pak Razak sudi menunjukkannya. Kesan gerakan lapisan bumi [2 plates] menyebabkan gempa sekuat 5.7 skala Richter lalu membentuk ‘underground river’ di pusat tersebut. Ia terletak di tengah-tengah aliran sungai yang deras yakni di pertemuan 2 sungai – Sungai Oya dan Sungai Opak. Kajian telah dibuat oleh saintis-saintis kejadian gempabumi.
Kebetulan remaja-remaja lelaki yang lain yang ikut serta telah tersesat di tengah jalan setelah menyeberangi Jambatan Sungai Opak. Mereka pergi ke hadapan ikut jalanraya manakala kami berempat menyusuri mudik ke hilir aliran sungai. Kesian mereka.
Pak Razak bercerita lagi – Satu bunyi dentuman bawah tanah yang kuat berlaku, diikuti oleh gempabumi yang panjang. Pintu masjid berdekatan terus terbuka, dinding bangunan runtuh, debu-debu tanah berterbangan mengelapkan suasana, tubuh-tubuh manusia melambung-lambung mengikut ayunan goncangan tanah tadi. Pada hari itu sahaja Pak Razak menemui dan mengurus pengkebumian 9 mayat korban gempa di kampungnya. Selama 3 hari berturut-turut hujan turun. Tiada tempat perlindungan; hanyalah pokok-pokok sahaja tempat berteduh dari hujan. Yang mampu berlari, akan membawa diri dan keluarga mereka jauh dari kawasan pantai, takut-takut berlaku ombak besar atau tsunami. Goncangan ‘aftershock’ tetap berlaku selepas kejadian gempa tadi.
Pengajaran: Ingatan kita kepada janji Allah iaitu goncangan kiamat yang pasti berlaku.
The Old Man and The Volcano
Mount Merapi was active and alive. Burst of steam and lava purged from inside the volcano. Mount Merapi was located in the northern region of Propinsi Jogjakarta. People from all over Java Island came and visited her. Some of them make recreational tracks on her especially the university students- no fear at all. Mbah Marijan and Ibu Asih Mursani, lived together at the mountain range in the view of the active volcano. He was 70 years old and fearless towards the volcano. In his worldly view, he described the volcano’s active explosive events as ‘dzikir’ to Allah Azza Wajalla. His job was to look after the local mosque, Masjid Al-Amin, Kinahrejo, on the mountain side. He was strong and healthy that he could challenge the younger generation to go up with him to the top end of the active volcano. Subhanallah.
Pengajaran: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Sickness or Health
On arrival to Jakarta, I had a minor flu and cough for a few days. Change of weather, I supposed. At Pesantren Takwinul Muballighin, Condongcatur, Huzaifah had viral conjunctivitis and Muddassir had viral fever. Aiman and Amzar had giddiness plus nausea, probably due to viral infection, too. The worst incident was syncopal attack on Atiqah at a public event [Islamic book fair in Jogjakarta]; due to dehydration, poor oral intake secondary to acute food poisoning 3 days prior that event. Good medication and adequate rest and hydration did the trick. I did not allow Atiqah to climb up Mount Merapi for the active recreational exercises with others and I had to monitor her recovery eventually. Anyway most of them recovered well and were allowed to participate in the ‘water boom’ and ‘water slide’ events later at Iqro Adventure in the weekend.
Thrice I had to buy pharmaceutical supplies for the children from Apotek or Pharmacy Outlets. Some of them were supplied with medications by their own parents in Malaysia. Nurin, who has a sensitive skin, had an acute urticarial attack- reddish patches on her skin with great itchiness at Masjid Nurul Fajri, Semaki, Umulharjo on February 1st. Alhamdullah with the help of ‘pengiring’ Mas Rendra and Mba’ Nisa’, she recovered slowly from the skin misadventure.
On the day that I had to go back to Jakarta early on February 9th, several participants had bout of cough, flu and fever. I prayed to Allah that they could look after themselves and took proper medications and rest. From Mas Casudi, I was informed that they were sent to local clinics for medical check-ups and dengue fever was excluded, alhamdulillah.
Pengajaran: Pencegahan adalah lebih baik daripada pengubatan. Kedua-duanya baik.
Sejarah Islam Jogjakarta-Demak
Kerajaan Mataram II didirikan oleh Sutowijoyo setelah berjaya mengalahkan Arya Pangiri pada tahun 1586. Pada zaman Mas Rangsing dengan nama Sultan Agung [1613- 1645], kerajaan Islam Mataram II mencapai kemuncak kejayaan. Dari sudut pencapaian politik, Sultan Agung berjaya menghadapi seterunya terutama penjajah Belanda. Kita dapat lihat sendiri kesan-kesan sejarah silam di Pintu Gerbang kota kraton Jogjakarta. Malah makhluk ciptaan Allah seperti pokok besar ‘alun-alun’ yang mistik turut membantu memberi sumbangan mempertahan kota orang Islam dari dijajah oleh pihak Belanda. Sultan Agung serta ulama’ Islam di masa itu telah berusaha untuk memperkenal Islam melalui jalur budaya untuk menarik rakyat Jawa yang pekat dengan budaya ajaran agama Hindu, kepada agama Islam.
Di perkarangan Masjid Demak, kita melihat tinggalan sejarah silam tentang satria-satria Islam wali Songo. Dari fakta sejarah pula, Kerajaan Islam Demak bangkit setelah kejatuhan kerajaan Majapahit iaitu dari 1478 hingga 1550. Raden Patah, putera Kertabhumi yang beragama Islam, tinggal di Demak dalam pengawasan para wali dan sunan. Atas ketetapan wali, Raden Patah ditabal menjadi raja pertama Demak pada tahun 1478 Masehi dengan gelaran Sultan Shah Alam Akbar. Jasa terbesar kerajaan Demak ialah percubaan untuk melaksanakan ajaran Islam secara tegas. Masjid yang indah dan kukuh ini telah didirikan semula selepas diruntuhkan oleh penjajah Belanda.
Apa yang penting dari kedua-dua kesan sejarah adalah usaha-usaha awal Islam di ketengahkan kepada masyarakat Jawa yang dilingkungi oleh pengaruh lama Hindu-Buddha dan dijajah beratus-ratus tahun oleh penjajah Belanda.
Pengajaran: Marilah kita sama-sama mendalami sejarah perkembangan Islam di Nusantara ini untuk mematangkan kita tentang dakwah Islam masa kini. Anak-anak adalah waris ibubapa untuk mempertahankan Islam dan kedaulatan ummah di masa akan datang.
Nasyid Bingkai Kehidupan
Nasyid ini berkumandang di sepanjang pengembaraan Road To Jawa; di atas bas, di dalam angkutan kota [angkot] atau sambil berjalan kaki [naik sepatu]. Yang paling menarik adalah apabila ianya berkumandang di dewan mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Jogjakarta atau Dinas Budaya dan Pendidikan Kota Jogja oleh wakil atau ketua kesatuan pelajar Islam SMA seluruh kota Jogja bersama-sama Remaja R2J Malaysia sambil mengibar bendera kebangsaan Indonesia dan Malaysia. Kuat serta nyaring sekali suara mereka bersatu nada dan irama.
Sebelum itu, aku diminta berucap bagi pihak pelajar Malaysia secara formal dalam majlis perasmian dialog pelajar Indonesia-Malaysia bersama Ketua Dinas dan kepala sekolah-sekolah ulung di Jogjakarta. Seperti biasa, aku naikkan nama dan semangat pelajar Hidayah Johor Bahru. Maklumlah jadi bidan terjun untuk wakil pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selepas itu, Azlan berucap sebagai wakil pelajar yang begitu diplomatik dan berjaya mencuit hati semua pelajar yang hadir dalam menjawab soalan-soalan remaja dan pelajar. Anas juga turut membantu beliau dalam menjelaskan beberapa hal yang rumit. Aku tersenyum girang melihat telatah anak-anak muda ini.
Sebahagian daripada senikata nasyid:
Mengharungi samudra kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Akhir Kalam
Setelah 18 hari mengembara dengan remaja-remaja ini, aku pulang bersendirian ke Kuala Lumpur dan terus ke Johor Bahru. Semuanya memberiku seribu kenangan serta mengajarku erti kasih dan pengorbanan. Apabila mereka tiba semula di tanahair pada jam 7.50 malam hari Isnin 19 Februari 2007, aku dan anak lelakiku, Ahmad, datang dan menyambut mereka semua dengan seribu pengharapan. Kata Muddassir, “Pak Cik ini macam dulu juga” bererti aku berpakaian sama seperti di Jakarta dan Jogjakarta – berT-shirt, bertopi R2J berwarna hitam, memakai seluar jeans biru, berkasut track hitam berjalur oren yang kubeli di kedai kasut Malioboro, Jogja tempoh hari serta beg sandang hijau yang setia. Aku tetap mesra dan ‘concerned’ terhadap semua anak-anak ini seolah-olah anak sendiri. Kami bergambar beramai-ramai di perkarangan lapangan terbang LCCT Sepang sebelum menaiki bas sewa untuk pulang ke Johor Bahru malam itu juga.
No comments:
Post a Comment