Tuesday, December 6, 2011

Zayd: Jalan yang Satu

Nukilan pemuda yang inginkan ISLAM kembali tertegak

Jawa… Hmm, rasenye tak pernah ana terfikir untuk sampai ke sana… Apatah lagi menikmati suburnya Dakwah Islamiah selama 1 bulan yang singkat… Apatah lagi dapat bersama-sama dengan Aktivis Dakwah Sekolah (ADS) dan Aktivis Dakwah Kampus (ADK) di sana… Juga apatah lagi bersama dengan penggerak dakwah di Indonesia dari kalangan bapak-bapa dan ibu-ibu yang cukup komited dengan amanah Allah ini. Road 2 Jawa (R2J) bukanlah sama dengan versi R2 sebelum nie.. R2J kali ini tujuan utamanya bukanlah tertumpu kepada berbakti kepada masyarakat sepertimana versi R2 sebelum nie.. Tapi hadaf (tujuan) utamanya adalah DAKWAH itu sendiri.

Bagi ana, Indonesia sememangnya kini cukup subur dengan DAKWAH… Ya lah, di mana sahaja ana dan sahabat-sahabat bersama-sama dengan aktivis dakwah di sana, mereka tampak bersahaja, tetapi lahiriahnya mereka cukup hebat dalam menyeru kepada ISLAM, mereka telah berjaya mengkaderkan ramai kader-kader dakwah yang juga aktif dalam menyeru kepada ISLAM… Masya Allah, Allah itu sudah menjanjikan bahawa deenul-ISLAM ini akan berjaya ditegakkan kembali… Dr. Yusuf Qardhawi merasakan ISLAM itu akan bangkit di Indonesia… Jadi seterusnya pastilah Malaysia… Amin…

Bagi insan yang cukup dhaif ini, ana menghargai setiap SAAT ana berada di sana. Lihat aje duit yang dah kami semua belanjakan (ibu bapa juga sebenarnya…), sudah banyak tenaga yang telah diberikan, begitu juga mental dan emosi yang telah dikorbankan. Bagi kami, AMATLAH RUGI dan AMATLAH KESAL sekiranya kami tidak berjaya mengutip sebarang iktibar dan pengajaran yang mendalam untuk kami sematkan di dada dan hati masing-masing.

Kurang lebih sebulan (ceh, terkeluar bahasa Indonesia lak…) di sana, membolehkan ana memahami dengan lebih mendalam apa erti sebenarnya DAKWAH. Kini, dapat difahami bahwa erti DAKWAH yang sebenarnya bukanlah diukur dari segi sama ada kita ikut program atau tidak. Bukanlah diukur dari segi berapa banyak program yang kita sertai atau kita kendalikan. Bukanlah dinilai dari segi berapa banyak yang kita sumbangkan untuk jemaah kerna semua itu tidak bererti apa-apa selagi ISLAM itu tidak tertegak di dalam diri kita. Syed Qutb dalam bukunya menyebut “Tegakkanlah ISLAM dalam dirimu, nescaya ISLAM itu akan tertegak di atas muka bumi ini”. Bukan ke itu yang Allah dah JANJIkan? Betul, tak percaya ke? Sebenarnya persoalan kat sini ialah kita nak atau tidak menjadi salah seorang yang bersama-sama dalam golongan yang akan menegakkan ISLAM. Nak ke tak?

Sambung sikit cerita, bila ana bersama dengan ADS, ADK serta aktivis-aktivis di sana, ana cukup tersentuh dengan keluhuran budi pekerti, keindahan akhlak islamiah yang ditonjolkan, kecantikan budi bahasa serta ketelusan hati nurani yang merupakan ciri-ciri yang patut ada dalam diri kita sepatutnya jika kita nak bersam-sama dalam golngan yang menegakkan agama ISLAM. Ya lah, kata nak tegakkan ISLAM, jadi kita kenelah tunjukkan ISLAM yang sebenar, rasa izzah dengan ad-deen nie. Barulah nampak imej ISLAM dalam diri… Macam mane kalau lisan kita cukup basah dengan kata-kata yang tak baik, mencarut sana-sini… Cube fikir balik, ISLAM tak ajar camtu kan… Betul tak? So, kalau kita bangga kita ISLAM, tunjukkan imej ISLAM sebenar… Menatang nie bukan nye utk istilah “budak dakwah” aje… Lagipun DAKWAH itu sebenarnya tanggungjawab kita SEMUA sebagai hamba ALLAH kat atas muka bumi ni... Betul tak? Selagi kita nie ISLAM, tanggugjawab kita untuk tonjolkan ISLAM yang sebenar… Cube kita fikirkan lagi, semua aspek akhlak, lisan, budi pekerti dan telusnya hati itu lah yang menjadi faktor DAKWAH itu bergerak dan berkembang pantas di Indonesia. Nak tak suasana itu terjadi kat Malaysia? So, semua itu tak akan tertonjol pada peribadi mereka-mereka nie kalau mereka nie takde amal yang cukup qawi (kuat). Amal-amal macam baca quran tiap2 hari, qiamullail, solat fardu jemaah di awal waktu, baca ma’thurat (peh, nie semua muhasabah buat diri nie juga). Pernah seorang ustaz beritahu, “…kita nie tak kan kenal DAKWAH, selagi mana TARBIYAH RUHIYAH kita tak kuat…” Peh, tersentap ana bila teringat kata-kata tu, selama nie program yang ana buat, usrah yang ana ikut tu betul-betul berkesan dalam diri ni. Adakah selama ni yang kita buat program yang kita anggap DAKWAH tu, kita masih belum kenal DAKWAH? Fikirkanlah… Tapi, bila difikirkan kekuatan ruhiyah itulah sebenarnya yang menjadi kekuatan buat DAKWAH ini bergerak dan berkembang. Pernah tak fikir yang kita ni kadang-kadang sibuk je memanjang, banyak program yang kita ikut, yang kita buat untuk masyarakat mahupun di kalangan kita, tapi at last nothing that we achieved and nothing that people can really deepen their penghayatan terhadap ISLAM sebenar… Ntah la. DAKWAH ni, kita nak ajak dan seru manusia kepada ALLAH betul tak? Bukan kepada jemaah atau kepentingan masing-masing atau kepada perkara-perkara yang lain. Sebab tu lah kita perlu menjaga hubungan dengan ALLAH, yes… taqarrub kepada ALLAH itulah yang kita perlukan… Ish, muhasabah buat insan yang kerdil lagi lemah ini.

Bila tengok balik nie kisah menarik kat Jawa ke ape nie? Apa-apa pun sebenarnya alhamdulillah perjalanan tarbiyah selama sebulan itu, bagi ana, telah banyak mematangkan ana dalam banyak perkara dan sudah tentu dalam memahami DAKWAH sebenarnya… Ya lah, itu lah sebenarnya tarbiyah… Jurnal ni hanyalah sebagai penggerak untuk kita sama-sama fikirkan akan masa hadapan ISLAM di Malaysia.

Sekarang ni, bagi ana kekuatan dalaman asasi perlu kita segera tanamkan. Kefahaman yang jelas tentang setiap perkara amat perlu dalam usaha kita mahu gerakkan ISLAM. Syakib Arsalan pernah menyatakan betapa ruginya bila kita berjaya mengumpulkan ramai bijak bestari dalam suatu muktamar tapi tatkala habisnya muktamar itu tiada hasil yang kita perolehi dan kita temui. Bagi ana, ana melihat betapa pentingnya penerusan, follow-up dalam melakukan suatu aktiviti atau program yang kita katakana itu usaha DAKWAH kita. Sedih rasanye kalau penilaian sebenar keberkesanan program R2J ini dilihat hanya dalam tempoh 1 bulan yang cukup singkat itu. Lebih perih dan pedih di dada sekiranya aktiviti penerusan @ follow-up untuk kami peserta R2J tidak berkesan. Kerna R2J hanyalah dikatakan BERJAYA jika penerusan dan follow-up itu benar-benar BERJAYA. Betapa ruginya jika program hebat yang telah banyak yang kita korbankan itu hanya dilihat hebat pada namanya. Ia umpama buah yang kulit tampak cantik tapi isinya kelat dan busuk. Itu hanyalah kekesalan yang terlintas di fikiran ana sekiranya itu yang terjadi. Harapnya TIDAK.

Tatkala ana sampai di bumi tanah tumpah darah ana, Malaysia, ana masih merindui mas-mas di sana. Pengorbanan yang tidak terperi bila melihat mereka cukup komited dalam melaksanakan tugas dakwah. Mas Rendra dengan pengorbanan rumah dan perasaannya, Pak Casudi dengan tenaganya, Pak Andan, Mas Keli, Pak Wawan dan semua ikhwah yang sangat dirindui atas dasar ukhuwwah fillah. Himmah yang cukup tinggi yang mereka tunjukkan. Pak Mardani pernah berkata,”… suatu yang berjaya menetapkan kami terus yakin dan thabat atas jalan ini ialah adanya HIMMAH (semangat) yang tinggi dalam diri setiap aktivis dakwah di Indonesia…”

Melihat keadaan masyarakat yang sekarang berada dalam keadaan yang lebih dahsyat daipada zaman jahiliyah dahulu dan lebih teruk daripada darurat, kita memikirkan apa agaknya solusi untuk semua itu. Bagi ana, rasanye tak lain dan tiada yang lain dari kita perlu menggerakkan DAKWAH ISLAMIAH ke serata dunia bermula dengan terbinanya individu muslim kemudian keluarga muslim seterusnya masyarakat muslim dan terus kepada negara muslim. Insya Allah, Islam itu pasti akan ustaziatul ‘Alam. Tapi kita perlu bermula dari bawah. Mustafa Masyhur dalam bukunya menyatakan Jalan Dakwah ini merupakan jalan yang cukup panjang tapi ini lah jalan yang Rasulullah dan sahabat lalui untuk menegakkan ISLAM ke puncak dunia. Jadi, tak lain dan tak bukan jalan inilah yang kita perlu ikuti untuk mengembalikan ISLAM ke tahap yang sebenarnya dan melonjakkan graf ISLAM. Teringat akan apa yang selalu Mas Rendra ingatkan bahwa jika kita tidak mahu ikut serta bersama kereta api dakwah pastinya kita akan ketinggalan kerna kereta api dakwah itu pastinya akan sentiasa bergerak. Kini, ana sedar bahwa ana perlu mengejar kereta api dakwah ini. Sedar bahwa Jalan Dakwah adalah jalan yang satu.

Thaariq Dakwah, Thaariq Wahid.


by: rijal_dakwah

Tarbiyah itu Kehidupan Kita

‘Aisy ‘Azizan au Mautu Syahidan

No comments:

Post a Comment