
Kokkokkkoooookkk ! bunyi alarm ayam dari handphone menjengah cuping telinga. Allahuakbar! Bangun, dah tiba masa untuk bertemu kekasih teragung nanti terlambat. Dalam kepayahan melawan kantuknya mata, apabila melihat teman-teman lain sudah bangun, bagai menyimbah semangat dalam diri. Aku juga tidak boleh ketinggalan. Usai qiam dengan beberapa rakaat yang termampu, bersama Nabihah menjeguk ke musholla, mana tau dah nak solat subuh dan kami berjemaah di subuh yang hening dan al-ma’thurat sebagai tambahan. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya kerana Allah. Kemudian,ada lagi yang sambung tidur, tak kurang kurang juga yang bertilawah memenuhi tuntutan rohani.
Plan seterusnya, ramai yang nak keluar berjalan-jalan dan somebody came up with a good idea lepas bertanya apa aktiviti hari ni pada pak udi. Jom pergi empangan. Jauh tak? Boleh lah. Tak jauh pun. Dikepalai pak udi, mas ony, dan pak cik mazlan, rombongan akhwat bergerak ke empangan. Dari jauh kedengaran bunyi deruan air dari empangan. Subhanallah, 15 minit berjalan tidak sia-sia bila melihat empangan di indonesia. Kebetulan waktu disitu, kelihatan seorang pakcik berada di bahagian bawah empangan, entah apa benda yang dicari. Tapi melihat dia berdiri disitu rasanya sudah cukup bahaya. kalau benar dia sedang mencari rezeki, masyaAllah, begitu berani dia mempertaruhkan nyawa demi sesuap nasi. Rezeki Allah memang dimana-mana asalkan dicari. Tatkala ramai antara kami melayani pemandangan di empangan, pak udi dan mba budi (pasangan merpati dua sejoli) duduk-duduk di bawah pohon cermai berdua-duan menikmati alam yang indah ini. Hehehe, sampai kami yang rasa segan. Berjalan kaki balik, perut dah bunyi2 macam nak buat konsert lapo betul ni gamaknya. Apalagi makan la..nasik lauk tempe, ada sayur kacang panjang yang tak berapa panjang. Bismillah, allahumma bariklana fii ma rozaqtana waqina ’azaban nar.
Dalam pada makan tu,kami menghantar sekali kepulangan mas ony yang sudah menemani kami dari semalam. Terima kasih tak terhingga atas kesanggupan menemankan adik2 r2j yang bermacam-macam perangai ni. Tengah-tengah makan tu jugak kami dapat tahu yang ikhwah dah ke pusat gempa dan macam biasa kami ni terrtinggal lagi.. abis makan,kami bagitahu pak udi nak ke pusat gempa tapi pak cik mazlan yang baru balik dari sana bersama-sama ikhwah cadangkan supaya kami tak pergi sebab jauh kena berjalan, baik lagi kalau kami buat bakti sosial kat kawasan sini sahaja. Oleh kerana tekad sudah dibulati, kata sepakat sudah dipersetujui, kami bergerak juga ke pusat gempa. Pak udi kata jalan sahaja, kalau tak tahu nak jalan ke mana, tanya orang kampung. Kalau mahu ke tempuran, ikut jalan mana..bila berjalan tu dah rasa macam trekking pulak. Dengan kepanasan pancaran mataharinya lagi. Siap sesat lagi. Pak udi yang pada mulanya dibelakang kami tiba-tiba memotong kami dengan menaiki sepeda. Waaa mana aci..jalan punya jalan, akhirnya kami sampai ke kawasan tempuran. Lebih lagi tak aci, nabihah dan aina yang memang sangat jauh ketinggalan di belakang dapat sampai lebih awal dari jangkaan sebab ada penduduk yang bermurah hati meminjamkan dua buah sepeda. Waaaa, kami yang lain ni penat jalan. Dua batang sungai bercantum menjadi satu. Sungai di sebelah kanan lebih jernih manakala sungai di sebelah kiri berwarna merah kecoklatan, bila bertembung, warna air sungai menjadi merah kecoklatan. Dikatakan dibawah sungai itu pusat gempa dan batu dipinggir sungai tampak sedikit roboh akibat gempa. Siapa sangka pada tanggal 22 Mei 2006, goncangan bumi sangat kuat. Allah hanya kata kun, maka akan jadilah.
Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: Mengapa bumi (jadi begini?), pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya...(99: 1-5)
Teringat waktu gotong royong di masjid al-falah (kalau x salah) masa ikhwah mengibas carpet yg sangat2 berhabuk, serta merta dengan beberapa kali kibas, debu2 berterbangan dan time tu atmosphere macam dilanda jerebu, kelabu semacam, and nurin yang diketahui allergic dengan habuk dan debu terkena zarah2nya dan apalagi, dia rasa sangat gatal sampai muka dia bengkak. Poor nurin. Tapi paling penting, teringat kata2 pak cik mazlan yang kebetulan ikut kumpulan kami masa tu(kami dipecahkan kepada dua group, satu group lagi pergi ke sekolah tunanetra-orang2 buta), bayangkan, begitulah kita manusia ibarat debu2 yang terpelanting tanpa arah kerana dahsyatnya bila mana di akhirat nanti Allah goncangkan bumi ini. Gempa di yogya yang berlaku dulu bukannya apa-apa jika nak dibandingkan dengan yaumul mahsyar. Masya Allah, tak sanggup rasanya membayangkan keperitan dan azab saat hari akhirat menjelang bila bumi ini dibolak-balikkan dan hancur. Astaghfirullahal’azhim.
Dalam perjalanan pulang ke pesantren, pak udi bertanya kalau-kalau kami nak cuba membanting padi dan ramai yang setuju nak mencuba, waktu itu, matahari sudah tegak diatas kepala. Hati berdetik, ada lagi ke orang membanting padi dah nak tengah hari buta ni? Ternyata bila disuarakan pada pak udi, ya, pasti ada! Bila singgah ditempat penduduk membanting padi, kami yang jahil bab-bab membanting padi tengok demonstrasi dulu, nanti rosak padi orang. Bila dah diberi peluang, masing-masing sibuk membanting sana sini dan butir-butir padi terpisah dari pokoknya lalu terpelanting entah ke mana-mana. Memang bila akhwat mencuba bukan gaya membanting padi, tapi lebih kepada nak lepaskan geram. Siap berposing macam-macam gaya sebab tak pernah dapat peluang nak buat macam ni di tanah air sendiri. Yelah, di Malaysia semua dah moden, mana ada orang membanting padi lagi, semua diproses pakai mesin. Sesekali bila merasai sendiri kepayahan membanting padi membuat kami merasa lebih menghargai setiap butir nasi yang dimakan. Menurut pak udi, masyarakat disini, sesudah gempa walaupun merasa susah,apabila tiba musim menuai padi, dapat mengubat hati yang lara kerana panen padinya lumayan. Alhamdulillah, Allah menjanjikan selepas setiap kesusahan pasti ada kesenangan dan Allah mengulang ayat ini dua kali dalam surahNya menunjukkan kepastian janji pada makhluknya.
Jalan balik sibuk apply bahasa jawa bila bertemu dengan penduduk tempatan, nuwon sewuh, bu. Punteen, bu. melalui tempat ikhwah-ikhwah bergotong-royong membantu penduduk tempatan, mereka kelihatan penuh bersemangat dan begitu bersungguh-sungguh. Teruskan usaha, ganbatte ne! Macam ni barulah terrealisasi pemuda harapan negara pemudi tiang bangsa. Dah sampai..masing2 kehausan dan kelaparan, menyerbu kedai kecil milik ummi (isteri ustaz yang uruskan pesantren ini) memesan es dan air mineral sebotol (2000 rupiah=80 sen) buat penghilang dahaga dan eskrim (3000 rupiah=Rm 1.20).Alhamdulillah atas semua nikmat Allah. Siap2 lagi,mandi dan alhamdulillah sempat menjemur pakaian yang lembap. nak balik dah, kemas2 tempat penginapan, solat, makan, majlis penutup di musholla. Sebelum pulang, sempat bergambar kenangan bersama ummi yang sudah melayani kami.
Semasa berjalan keluar ke jalan besar, tap2, gerimis diikuti hujan lebat, ramai yang menyerbu mpv dan mengagau mencari raincoat. Tumpang berteduh bersama sahabat ameerah, kebetulan ameerah bwk payung. jalan kaki keluar ke jalan besar. Naik bas dulu dan tunggu ikhwah diterminal. Naik bas lagi dan kami menuju ke masjid syuhada yang dikatakan masjid tertua di jogja. Walaupun jasad sudah meninggalkan bumi bantul, dan tak banyak yang dapat ana dan teman-teman dapat sumbangkan di sana, setiap detik yang berlalu masih berbekas dihati. Ya Allah, tabahkan hati saudara-saudaraku di sana,sesungguhnya hanya Kau sebaik-baik penolong kepada makhluknya. Ameen. Beberapa hari selepas itu, kami ke Batang, daerahnya pak udi dan disana kami menerima berita, yogya gempar lagi dengan gempa dan jakarta dilanda banjir (macam kat johor ke?), mujur kami selamat tapi fikiran melayang kepada islamic centre iqra’ dan mba2 di asmaa amanina. Ya Allah kau telah selamatkan kami dengan rahmat dan kasihMu, lantas kupohon, kau berilah kekuatan kepada teman-temanku di yogya, semoga kau limpahi mereka dengan sifat rahman dan rahimMu.Ameen ya rabbal ’alamiin. Dah tamat dah...


No comments:
Post a Comment