Friday, December 2, 2011

Pak Mardani: Kata-kata Pesanan

dicopy dari sini

Assalamua’alaikum ww.wb.

Puji syukur ke hadirat Allah Ta’ala yang memberi cucuran rahmat dan hidayah Nya sehingga niat mulia menyambung tali ukhuwwah dan ikatan dakwah di antara saudara serumpun dapat dijalankan melalui program R2J ini. Awalnya adalah niat mulia untuk bersama-sama menanam poon kebaikan dalam bentuk wujudnya syakhshiyah muslimah wa da’iyah di semua tempat di muka bumi. Kewujudan syakhshiyah ini akan memberi sumbangan besar bagi kemanusiaan yang sedang dalam keadaan terpuruk dalam kubangan kejahiliyahan dan penderitaan. Seperti disebut seorang ulama,” Mulailah menanam Islam dalam dirimu, niscaya ia akan hidup dalam masyarakatmu.” Itulah, awal dari sebuah cerita indah tentang program bernama R2J ini.

Sebenarnya R2J ini merupakan kelanjutan dari R2A. Dalam bilangan jumlah, pelajar yang ikut serta jumlahnya hamper sama. Namun kedua-duanya memiliki kekhasan yang tidak dapat dibandingkan. Bagi kami, pengerusi program ini, Aceh dan Jawa memiliki pesona dan kenangan yang tidak tergantikan.

Apa hasil yang didapat dari program ini? Ikhwah di JB pastinya lebih merasakan dampaknya. Namun bagi kami, sekecil apapun hasil yang didapat itu bernilai besar kerana dating dari Allah Ta’ala. Ada penguatan ukhuwah dan semangat dakwah. Ada peluang belajar pada ikhwah Malaysia tentang keseriusan membina generasi pewaris dan ada keberanian mebuat program berskala dunia.

Bagi ikhwah di Malaysia, kata maaf adalah kata pertama yang mesti kami sampaikan. Maaf kerana belum ihsan dan belum itqon dalam melayani para pelajar. Kedua, kami selalu berharap agar selalu ada input dari para ikhwah/akhwat untuk meningkatkan kualiti pelayanan dala berdakwah ini.

Akhirnya, kami berharap semoga program ini dapat menjadi wasilah kita untuk dapat mengumpulkan kita di dalam syurga-Nya. Wallahu a’lam bish-shawab…

Mardani Ali Sera, Pondok Gede – 2007


*kalau tak silap, dulu ikhwah sempat jugak berziarah ke rumah beliau sebelum balik kan?

*pak mardani pernah datang tahun 2010 ni, ms cuti semester yang panjang hari tu n siap ada session by pengisian lg. tak lupa, beliau ada tanya siapa yang ada masa tu dan kirim salam kepada semua ikhwah/akhawat R2J!

** again, siapa yang ada simpan gamabr, sila la roger!

No comments:

Post a Comment