Akhirnya, sampai juga team dari Jakarta. Jam menunjukkan pukul 4.00 pm. Memang tepat pada masanya. Tak lama kemudian, program outbound kami pun bermula. Program pertama kami adalah “Ice-breaking”. Namun begitu, oleh kerana bukit Bogor ini setaraf dengan awan-awan, maka ketika program pertama hendak mula, sekelompok awan (awan hujan) menuju kearah kami dengan kelajuan yang agak tinggi. Tak lama kemudian seluruh base camp kami ditutupi oleh awan hujan itu. Memang tebal awan hujan itu. Kami hanya boleh namapk dalam lingkungan 5 hingga 6 meter sahaja. Bukan tu sahaja, angin yang meniupkan awan itu, begitu sejuk sekali. Sudahlah para fasi dari Jakarta ini tidak membenarkan kami memakai sweater ataupun baju sejuk. Beberapa minit kemudian, keadaan kami yang sedang kesejukkan, ditambah lagi denga hujan yang agak lebat. Ini memang satu ujian dari Allah. Apa pun, “ice-breaking” kami dimulakan dengan suasana “gigil” (semua orang tengah kesejukkan). Memang seronok main “ice-breaking”. Kami main “duduk sama-sama dalam bulatan”, kemudian kami dikehendaki berjalan dalam keadaan duduk tersebut. Kemudian kami bermain yell-yell orang jawa dan macam lagi untuk memecahkan “Ice” antara kami.
Setelah aktiviti “ice-breaking”, tibalah masanya untuk program outboundnya. Tapi sebelum itu, kami dikehendaki membuat senaman ringan agar badan tidak kejang ketika melakukan aktiviti lasak. Sesudah senaman ringan, kami dikehendaki memakai baju “lifa-jacket” kerana program seterusnya adalah di air. Setelah memakai “lifa-jacket”, kami bergerak ke bawah untuk ke sungai. Siang tadi ketika kami bermandi-manda di sungai ini, airnya agak tenang, tapi kini, ketika keadaan sedang hujan, air sungainya begitu deras. Namun pemandanganya tetap indah. Untuk outbound ini, ada 5 aktiviti yang kami perlu lakuan dan ia bermula di bawah; river crawling, river crossing, pool dive, flying fox, water bomb. River crawling merupakan permulaan outbound dan ia pun tidak susah sangat. Cuma merangkak dalam macam askar tapi dalam air sahaja. River crossing agak sukar kerana kami perlu meredah air yang deras untuk ke sebelah yang lagi satu.
Aktiviti yang menguji mental adalah pool dive. Kami perlu naik satu kawasan bukit yang tingginya 4 meter lebih dan terjun kedalam kolam air dibawa. Bagi mereka yang tak biasa, memang memerlukan masa untuk terjun ke bawah. Ketika melihat akhawat melakukan terjunan, rasanya segelintir sahaja yang agak lambat sikit untuk terjun, yang lain semuanya memang betul-betul berani, siap ada yang buat “summer-sault” lagi. Memang ana tabik la akhawat R2J nie. Bila tibanya giliran kami (ikhwah) pula, memang seronok dapat terjun dari tempat yang tinggi. Ramai diantara kami yang tercabar dengan seorang tindakan akhawat yang membuat “summer-sault”, lantas kami pun tidak mahu menyerah kalah. Tapi akhirnya, Pak Udi suruh kami terjun seperti biasa sahaja. Katanya bahaya. Setelah membuat pool dive, kami ke atas di kawasan pertengahan air terjun untuk membuat flying fox. Memang seram juga bila dilihat dari atas. Air terjunnya memang tinggi, sedang kami yang berada di pertengahan air terjun pun sudah cukup memberikan perasaan gayat apatah lagi di puncak air terjun. Melakukan flying fox merupakan antara aktiviti kegemaran kami. Maklum la, kami ini kumpulan yang adventurous; Sukakan cabaran. Ramai diantara kami (ikhwah) yang berangan menjadi tarzan. Mungkin nak memberikan sedikit suasana di hutan yang indah ini.
Sesudah itu, acara terakhir bagi kami adalah water bomb. Pada sungai ini, terdapat sebatang aliran batu bata besar yang berbentuk seperti gelongsor gergasi. Sesuai untuk membuat water bomb. Macam biasa, akhawat yang melakukan aktiviti ini dahulu. Namun setelah beberapa orang menuruni gelongsor ini, pihak team Jakarta terpaksa menghentikan aktiviti ini kerana airnya semakin deras ditambah lagi, terdapat seorang akhawat cedera di bahagian kepala kerana terlanggar batu. Bagi kami yang tidak dapat melakukan aktiviti ini, tidak begitu kecewa kerana kata mereka, esok masih boleh dilakukan. Tapi keutamaan kami adalah keselamatan semua orang. Tak dapat lakukan hari ini, tidak menjadi masalah, yang penting semua orang selamat.
Petang itu, selepas melakukan aktiviti outbound air di sungai, kami diberi masa untuk mengemas diri. Dalam pukul 6, keadaan base camp sudah tidak teruk lagi. Hujan pun sudah reda dan kabus pun sudah hilang. Kami bersiap untuk makan malam dan solat jama’ maghrib dan isya’ bersama-sama. Sesudah solat, kami bersama dengan salah seorang fasi dengan program “cerita semula acara hari ini”. Semulanya program, kami bersama-sama menyanyikan lagu “bingkai kehidupan”. Lagu “bingkai kehidupan” ini memang pun sudah menjadi tema atau pun nasyid R2J kami sejak sampai disini. Setelah puas bernasyid, fasi yang mengendalikan program kami tadi, memberikan setiap seorang daripada kami satu belon untuk ditiup sampai pecah. Syaratnya, tidak boleh sentuh belon tersebut. Acara ini memang menyeronokkan apatah lagi ketika melihat gelagat orang lain nak pecahkan belon dengan meniup sekuat hati. Bagi ana sendiri, ketika awal-awal meniup belon, akibat terlalu basah kena air liur, belon ana menjadi licin, jadi bila tiup, asyik terkeluar belon. Memang penat pipi tiup sekuat hati.
Pom!! Belon anas pecah dulu. Orang pertama memecahkan belon dalam kalangan kami. Melihat kejayaan Anas, membuatkan rata-rata diantara kami mula tercabar. Sebagai tindak balas kejayaan anas, kami menumpukan sepenuh perhatian terhadap belon-belon kami. Masing-masing meniup dengan bersungguh-sungguh sampai pecah. Pom!! Pom!! Pom!! Makin banyak kedenagaran bunyi belon pecah. Setelah muka sudah merah dan pipi kelesuan…POOOM!! Akhirnya, belon ana pecah juga. Ana jangka, ana adalah orang terakhir untuk memecahkan belon, rupanya, selepas ana memecahkan belon, masih ada lagi belon yang tidak pecah. Akhwat yang terakhir memecahkan belon adalah Sumayyah. Masa tengok di tiup memang duk tahan je perut sebab kelakar sangat. Yang lagi pelik, belon Sumayyah pulak, dah besar macam perut orang mengandung pun masih tak pecah lagi. Melihat keadaan ini berterusan, Pak Udi dengan cekapnya mencucuhlan jarumnya kearah belon Sumayyah. POOOOOMM!!! Semua terkejut sebentar. Maklum la, belon besar, maka bunyi juga. Tapi, cerita Sumayyah bukanlah penghabisnya acara pecahkan belon sebab Hilmi masih tak berjaya nak tiup belonnya sebab terlalu licin (basah berlumur dengan air liur). Setelah dikunci mulut belon itu dengn mulut Himi, maka kisah letupan baru pun bermula. Dengan wajah yang bersungguh-sungguh, dan semangat yang membara, Hilmi meniup belon itu secepat mungkin (orang terakhir, mesti la tiup cepat-cepat, malu). Tak sampai 1 minit, belon Hilmi sudah sebesar belon Sumayyah. Menang laju Hilmi meniup. Kemudian…POOOMMM!!! SPLUSH!!! WOW!!! Bertambah efek Hilmi berbanding orang lain. Kali ini, kawan-kawan yang duduk sekeliling Hilmi, semua kena air liur yang terperangkap dalam belon. Memang meriah keadaa yang basah disinggahi air liur Hilmi. Setelah selesai acara pecah-pecah belon, fasi yang mengendalikan program malam menyuruh setiap kumpulan untuk membentangkan tentang perasaan, pengalaman dan pengajaran yang dapat di ambil sepanjang program satu hari.
Setelah selesai program malam tu, tibalah program klimaks kami iaitu “night-walk” di Rimba Bogor. Dalam pukul 11.00 mlm, kami diminta untuk berkumpul di hadapan restoran yang kami makan “indo-mee”. Disitu kami diberi taklimat tentang perjalanan diatas bukit sana. Kami dikehendaki menutup mata kami dengan kain, kemudian berjalan sampai puncak bukit dengan mata bertutp. Di atas sana, kami akan diasingkan dan ditempatkan dimana-mana sahaja para fasi meletakkan kami. Pada mulanya agak seram, namun dengan nasihat yang mereka berikan, kami bergerak dengan bertawakal sepenuhnya kepada Allah. Sebelum itu, mereka juga berpesan, sekiranya berlaku apa-apa, takbir kuat-kuat dan mereka akan datang secepat mungkin. Sekiranya kami tidak takbir dan berteriak sahaja, mereka tidak akan tolong. Arahan mereka, kami semua patuhi untuk memastikan keselamatan kami semua terjamin. Tidak lama kami berjalan diatas bukit, kami dihentikan. Dari bawah ke tempat kami dihentikan ini mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Mengikut kiraan ana, kami sudah sampai diatas bukit dan sudah tiba masanya untuk kami dipisahkan. Ana ditempatkan di satu sudut hutan yang dihadapannya boleh dilihat bandar Bogor. Memang pandai para fasi memilih tempat ana ini. Cukup indah sekali kelipan lampu-lampu rumah penduduk di bandar Bogor. Selama 1 jam lebih kam ana dibiarkan disini. Apa yang ana lakukan sepanjang masa adalah memuji dan mengingati Allah.
Dalam tempoh itu juga, banyak kali terdengar laungan takbir dari sahabat-sahabat ana. Ketika mendengar laungan takbir, ana ingat sesuatu buruk sedang berlaku kepada mereka. Tapi pelik, kenapa takbirnya banyak kali tapi dalam selang masa yang panjang. Ana Cuma bertawakal kepada Allah dan berharap tiada apa-apa yang berlaku terhadap mereka. Memang kami tidak dibenarkan untuk bergerak dari tempat kami sehingga para fasi datang. Setelah sejam labih kami dibiarkan bersendirian, beberapa orang fasi datang dan menyuruh untuk mengikuti mereka. Kami dibawa ke kawasan dalam semak samun dimana tempat ini terdapat banyak lubang-lubang. Sesampai sahaja disini, kami dibaringkan atas tanah. Dalam beberapa minit kemudian mulalah sesi kubur kami. Keadaan kami pada ketika itu seperti dalam kubur. Seperti disoal oleh kedua Malaikat Munkar dan Nakir. Kemudian macam-macam taujih yang kami terima daripada ketua fasi. Memang menginsafkan. Sesudah sesi kubur, kami dibangunkan dan dibawa pulang ke base camp untuk tidur.
Malam itu, ketika hendak tidur, kami (ikhwah) berkumpul disatu sudut untuk menceritakan semula tentang peristiwa malam tadi. Memang kalau didengar semula dari mereka boleh pecah perut kerana terlalu lucu sekali, tapi ada juga bahgian yang agak seram. Yang melaungkan takbir pada malam itu adalah Amzar dan Aslam. Kata Amzar, ketika dia sedang menunggu giliran untuk dipisahkan dengan rakan-rakan dihadapan, tiba-tiba dia terasa ada satu lembaga melintasi dia tapi yang pelik, langsung tidak kedengaran bunyi orang berjalan dihadapan dia. Mata dia tertutup, jadi langsung tak nampak apa yang melintasi dia. Akibat bulu roma naik dengan pantas dan untuk menghilangkan perasaan takut, dengan sekuat hati Amzar berteriarak, ALLAHUAKBAR!! Katanya beberapa minit kemudian, abang fasi datang dan menenangkan keadaan. Untuk cerita Aslam pula, katanya, dia diganggu anjng. Ketika dia sedang duduk berzikir kepada Allah, dia terdengar dengusan kecil dibelakangnya, bila ditoleh kebelakang rupanya ada seekor anjing sedang berjalan menuju kearah dia. Apa lagi, dengan sepenuh kudrat dan untuk menakutkan anjing itu, Aslam takbir dengan sekuat hati. Bahagian yang melucukan pula ketika sesi kubur. Ketika ana sedang khusyuk mendengar taujih daripada fasi, tah macam mana ana terdengar dengkuran daripada orang disebelah ana. Rupa-rupanya bila dicerita balik, memang ramai yang tertidur ketika fasi sedang semangat memberikan taujih. Maklum la, siang tadi sudah kelesuan melakukan aktiviti air, jadi malam terpaksa berkorban sikit. Kira, para fasi ketika itu sedang bercakap kepada orang-orang yang tertidur.
Esoknya, bersamaan dengan 17 Februari 2007, hari sabtu, kami dikejutkan pada pukul 4.00 pagi. Pagi itu memang sejuk. Sejuk sangat sehingga terasa keras seluruh badan. Ketika hendak mengambil wudhu’, kami menghadapi sedikit masalah kerana airnya sejuk sangat. Boleh beku tangan dibuatnya. Jadi rata-rata dari kami cuba memanaskan badan terlebih dahulu sebelum mengambil air wudhu’. Setelah selesai solat subuh berjemaah dan membaca al-mathurat, kami bergerak ke lapangan untuk senam pagi. Pagi itu, kami melakukan pelbagai aktiviti selain senaman. Untuk round pertama, terdapat satu game kotak kecil dimana semua ahli kumpulan kena masuk dalamnya tanpa menjatuhkan mana-mana kayu kecil yang menjadi pagarnya kemudian keluar semula dengan syarat yang sama. Untuk kumpulan ana yang berkeahlian 7 orang, banyak kali juga kami gagal untuk bersama-sama masuk kedalam kotak kecil tersebut. Hampir sahaja semua memenuhi ruang kecil itu, salah seorang daripada kami akan terlanggar pagar dan kayu kecil akan jatuh. Game ini terpaksa kami ulangi hingga ke percubaan yang mungkin ke-50 dan akhirnya kami berjaya masuk dan keluar daripada petak kecil ini tanpa menjatuhkan sebarang kayu kecil yang menjadi pagar petak itu.
Setelah selesai round satu, kami bergerak ke round dua pula, iaitu permainan bomb. Di atas tanah, disediakan satu grid empat segi berukuran 10 X 10, dan dalam banyak-banyak petak itu, terdapat bomb yang tak boleh kita pijak. Misi untuk game ini, kita kena sebarang grid empat segi ini tanpa memijak petak yang mempunyai bomb dan dalam 10 langkah sahaja. Caranya adalah kami dikehendaki bergerak ke satu petak kemudian fasi akan mengatakan teruskan atau bomb. Kalau kami memijak di petak yangmempunyai bomb, maka kami terpaksa mengulangi semula pergerakkan kami daripada awal. Jadi setiap orang kena ingat tempat yang diletakkan bomb agar boleh sampai ke seberang petak dengan selamat. Bagi kumpulan ana, kami dapat lakukan dengan cepat kerana ramai diantara kami yang mempunyai ingatan yang kuat. Setelah berjaya mengharungi lautan bomb dalam game bomb tadi, kami bergerak ke round tiga. Dalam round ini, gamenya adalah melepaskan ikatan diantara kami. Semua orang dalam kumpulan kami akan di ikat kedua belah tangannya kemudian di simpulkan pula di antara kami. Untuk game ini, mudah bagi kami kerana Aiman pernah main game ini. Jadi, masa tak menjadi masalah. Setelah selesai game tali ini, kami bergerak ke round empat iaitu game mengangkat baldi dengan tali. Game ini agak mencabar kerana tepaksa main strategi. Setelah memikirkan cara yang sesuai, akhirnya berjaya juga group kami mengangkat baldi tersebut dan menuang air dalamnya kedalam baldi satu lagi. Setelah selesai semua games, kami bergerak ke satu sudut untuk membincangkan tentang pengajaran daripada setiap games ini. Memang banyak pengajaran yang kami dapat. Banyak juga ilmu yang kami pelajari daripada setiap games ini. Setelah habis berbincang tentang pengajaran, kami dibenarkan untuk bersarapan dan bersiap untuk water trekking.
Untuk water trekking pada hari ini, kami di nasihatkan menggunakan pakaian semalam yang sudah basah untuk menjimatkan baju. Setelah bersiap, kami bergerak ke depan restoran untuk mengambil baju “life-jacket” kemudian menuju ke sungai. Untuk acara kali ini, ikhwah akan bermula dulu. Kami menyambung acara water bomb semalam. Acara water bomb ini agak lasak kerana sekiranya tidak betul caranya memang menyakitkan. Setelah semua orang selesai melakukan acara ini, kami bergerak kebawah sungai dan menuju ke air terjun. Semasa dalam perjalanan, banyak kali juga kami melakukan waterbomb, tapi jaraknya kecil sahaja berbanding yang pertama. Setelah berjalan agak jauh, akhirnya sampai juga ke destinasi iaitu air terjun. Untuk acara ini, hanya ikhwah sahaja yang dibenarkan untuk melakukan water dive. Jaraknya memang tinggi dari atas air terjun hingga ke kolam dibawahnya. Ada la dalam 8-9 meter. Ketika mula-mula nak terjun kedalam kolam air terjun dibawah, terasa gayat sedikit, namun dek semangat yang berkobar-kobar dan keseronokan melihat cabaran, lapan meter air terjun langsung tidak menjadi masalah untuk diterjuni. Dalam ramai-ramai peserta ikhwah R2J, hanya Ammar Shahrin seorang sahaja yang berjaya terjun paling banyak iaitu sebanyak 3 kali. Memang berani betul. Tetapi ada juga kes dalam kalangan ikhwah yang memerlukan masa yang agak panjang untuk terjun kebawah. Mereka memerlukan masa untuk tanamkan keyakinan kepada Allah bahawa segala-galanya bergantung kepada Allah, sehingga 7-8 orang memotong mereka ketika hendak terjun.
Sesudahnya bermain water dive peringkat 8-9 meter, kami bergerak ke “curuk barong” iaitu tempat air terjun yang paling tinggi di bukit Bogor. Tingginya kira-kira 20 meter. Air terjun ini juga istimewa kerana cahaya matahari langsung tidak sampai ke tempat ini, menjadikan ia tempat yang paling sejuk dan tenang. Sewaktu dalam perjalanan ke curuk barong, kami terpaksa melalui kawasan pendalaman dan meredah semak samun yang agak tebal. Tapi semua ini tidak mengapa semata-mata untuk memperolehi nilai pengalaman yang jarang kami jumpai di Malaysia. Setelah sampai ke aliran sungai curuk barong, kami dikehendaki masuk ke dalam lembah sungai yang cukup cantik untuk melihat air terjunnya. Sepanjang perjalanan melawan arus sungai, memang secara peribadi ana kagum dengan kuasa Allah. Begitu mudah sekali bagi DIA menciptakan sebuah lembah yang cukup indah. Ditambah lagi dengan kehijauan dedaunan yang begitu lebat sekali di atas lembah. Subahanallah. Patut la tempat ini orang kata tidak sampai cahaya matahari. Setibanya di curuk barong, terpapar di hadapan mata ana sebuah lukisan keindahan alam yang benar-benar membuat ana kagum dengan ciptaan Allah ini. Cukup tinggi air terjunnya malah cukup merdu bunyi setiap titisan air yang jatuh kedalam kolam dibawahnya. Namun begitu pemandangan ini hanya dapat kami lihat dalam waktu yang cukup singkat. Oleh kerana hujan yang mula lebat, fasilitator yang membawa kami kesini, menyuruh kami segera bergerak kerana takut perkara buruk berlaku apabila hujan semakin lebat. Sesudah melihat pemandangan yang begitu indah sekali, kami terpaksa mengharungi semak samun semula untuk ke bas camp kami. Namun itu juga tidak mengapa kerana harta yang kami cari telah pun kami jumpai.
Setibanya kami di base camp, kami segera bersiap untuk pulang ke Jakarta. Selepas ini adalah majlis penutup bagi program outbound kami. Setelah selesai bersiap dan menukar baju, kami berkumpul dilapangan untuk bersama-sama menutupi program outbound ini dengan para fasilitator dari Team Jakarta. Setelah selesai acara penutup, kami bersalam-salaman dengan mereka dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka dalam versi kami iaitu nyanyian “jazaka”. Setelah bersalam-salaman, kami menjamah sedikit santapan tengah hari kemudian kami turun bukit untuk pulang ke kota Jakarta. Bukit Bogor merupakan pengalaman paling manis dan berharga bagi ana untuk program Kembara misi cahaya Road to Jawa ini.
Sekian, Wassalam…
No comments:
Post a Comment