Inilah kisahku...
Selepas tamat SPM, aku sering terfikir apakah yang bisa aku lakukan dalam masa 3 bulan sebelum keputusan keluar? Adakah bekerja? Atau melepak di rumah buat tahi mata dan menambah lemak? Semuanya aku lakukan sebelum aku memilih untuk menyertai R2J. Mungkin ada yang tertanya-tanya, “Macam mana dia ni boleh tau pasal R2J sedangkan dia bukan stay kat KL...”
Segalanya terjadi apabila aku menerima satu panggilan yang tidak kusangka dan duga...
“Assalamulaikum. Ini Afira ke? Ini *** ”.
“Wa’alaikumussalam. Oh!”, aku terkejut.Yelah, sudah lama kami tidak berhubung.
“Ana nak tanya, anti tau tak tentang program under JIM kat bangi tu? Ana nak join
“Oh, program MHI tu! Ana ada terdengar. Anyway, program kat JB tu program apa?”, tanyaku.
“Program tu bernama Road 2 Jawa. Program sekolah ana. Nanti pergi ke Jawa...”.
“Apa? Pergi ke Jawa? Bila?”.
Takdir telah menentukan aku menyertai program R2J ini. Jarak tidak menjadi penghalang untuk aku menyartainya.
Khabarnya, Road 2 Jawa (R2J) ini anjuran PIBG dan Alumni SMIH. Disebabkan tidak cukup peserta, mereka menjemput 7 orang dari
Namun, hasratku tidak diperkenan oleh abah. Inilah yang dikatakan ujian dari Allah. Akan tetapi, aku tidak berputus asa memujuk abah supaya membenarkan aku pergi.
“Boleh ke ikut program tu? Pandai jaga diri ke? Mana pernah duduk asrama?Bla, bala, bla...”. Itulah yang sering dipersoalkan oleh abah. Abah tidak yakin aku boleh hidup sendiri. Belum
Pada keesokan harinya, abah menghubungiku ditempat kerja. Aku dibenarkan untuk mengikuti R2J. Alhamdulillah. Segalanya adalah takdir Allah!! Aku akan ke tanah asal keturunanku, JAWA. Jawa, tunggu aku!
Walaubagaimanapun, sebelum ke jawa, perlu mengikuti program persediaannya dahulu. Seperti yang diberitahu oleh sahabatku, aku perlu mengikuti program MHI (Madrasatul Hayah Islah) di Bangi (dekat sangat dengan rumahku!). Tanpa berfikir panjang, aku terus mengambil beg dan mula mengemas barang. Program MHI telah berjalan selama 2 minggu. Aku adalah peserta terakhir. Mula-mula, terasa agak terasing dan janggal. Tetapi, sekali lagi takdir telah mempertemukan kembali dengan sahabat lamaku ketika di Al-Amin Bangi dan Gombak. Hasil sokongan mereka, aku dapat membiasakan diri hidup berdikari. Kami tinggal bersama, masak bersama, bergembira bersama, mengharungi ujian bersama.
Tanggal 13 hingga 16 Januari 2007, peserta dari KL diminta untuk mengikuti program Tamrin dan Bengkel Penulisan Jurnal di JB bersama peserta R2J yang lain. Inilah waktunya semua peserta R2J bertemu sebelum bersama selama hampir sebulan di Jawa nanti. Pada mulanya, kami (peserta KL) tidak akan hadir ke JB. Tetapi, setelah diberitahu bahawa wajib menghadirkan diri, kami menuruti sahaja. They are the organizer, we just follow. Aku sebenarnya rasa berat hati nak pergi JB (malas sebenarnya hehehe). Namun, apabila bermulanya program, tanggapanku berubah sama sekali. Tidak rugi aku ke JB. Selain dapat kenalan baru dan lama, aku juga dapat pengalaman baru mencari duit bersama mereka.
Untuk ke Jawa, kami perlu membayar sebanyak RM 1000. Namun, itu masih tidak mencukupi untuk menjalankan program di
Tanpa diduga, kami ditimpa ujian lagi. 3 hari lagi sebelum kami bertolak ke Jawa, ada masalah VISA. Kami akan ke Jawa selama 32 hari. Tetapi VISA kami tidak sempat disiapkan. Saat itu, abah berkata kepadaku, “Silap-silap, tak pergi Jawa nampaknya.”
“TIDAK!!!! Aku nak ke Jawa juga!”, jeritku dalam hati. Lalu, aku teringat pesanan Pak cik Shahrin, Pengarah R2J : “Jangan lupa buat solat hajat. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah”
Segala ujian ada hikmahnya. Allah nak uji kesabaran hambaNya. Akhirnya, Setelah perbincangan dibuat, kami akan berada di Jawa selama 28 hari sahaja. Aku bersyukur. Aku masih dapat ke Jawa menimba pengalaman baru.
Masa begitu cepat berlalu. Tanggal 23 Januari 2007, tibalah waku kami akan bertolak ke Jawa. Aku begitu excited. Pukul 2.30 pagi dah bangun untuk bersiap (hehe..).
Selama berada di Jawa, aku merasakan betapa beruntungnya aku dapat mengikuti program R2J. Peluang seperti ini hanya datang sekali seumur hidup dan rugi jika disia-siakan. Kami seramai 40 orang peserta adalah yang terpilih oleh Allah dalam Kembara Misi Cahaya ini.
Aku juga diuji Allah dengan penyakit. Baru sehari di Jawa, aku sudah terkena alahan Tangan dan kaki ku berbintik-bintik merah. Ku sangka hanya gigitan nyamuk, tapi kok begitu banyak?? Memang panic. Nasib baik tak gatal. Selepas makan ubat doktor Mazlan, bintik-bintik itu hilang sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Agaknya, akulah orang pertama yang mendapat rawatan dari doktor Mazlan (huhu).
Selain itu, peserta R2J juga diuji dengan kesenangan berbanding Road 2 Aceh (R2A) kerana tempat selesa, makanan sedap (semuanya masuk dalam perut!! Enak bangat!!), tiada masalah air, dan sebagainya. Berkat doa kami dan ibu bapa, kami terselamat dari bencana banjir di
Takdir juga telah mempertemukan dan menyatukan ukhuwwah para peserta dengan Ikhwah dan Akhwat
Pergi Jawa bukan untuk berseronok. Itulah yang aku tanamkan dalam diri before pergi. Ternyata, apa yang aku setkan dalam minda berjaya. Tarbiyah selama hampir sebulan membawa begitu banyak makna. Sampaikan tidak boleh untuk diungkapkan melalui kata-kata mahupun tulisan. Speechless!!(‘Afwan ya...!). Aku kagum dengan semangat ikhwah dan akhwat
Mungkin kisah ku ini banyak berkisar tentang bagaimana aku menyertai program R2J ini. Tetepi, melalui kisah inilah aku dapat ambil pengajaran supaya kita tidak mudah berputus asa, sentiasa bersyukur dengan seadanya, istiqamah dalam melakukan sesuatu, segala yang terjadi ada hikmah disebaliknya, dan pentingnya bergerak dalam jamaah.
Setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Buat teman-teman di Indonesia, I dedicate this to you...
Ku
Menegakkan cahaya Islam
Jauh di negri sebrang
Selamat tinggal sahabatku
Ikhlaskanlah diriku
Iringkanlah doa restumu
Allah bersama slalu
Kuberjanji dalam hati
Untuk segera kembali
Menjayakan negeri ini
Dengan Ridho ilahi
Kalaupun tak lagi jumpa
Usahlah kau berduka
Semoga tunai cita-cita
Raih gelar shuhada
Insya-Allah, takdir akan mempertemukan kita kembali. Jika bukan didunia, Insya-Allah di syurgaNya. AMIN....
Kepada yg terlibat dalam manjayakan R2J, terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan. Buat para pendamping kami : Pak Udi, Mas Lendra, Pak Bambang, Pak Wawan, Pak Kelly, Pak Amir, Mbak Budi, Mbak Nissa, Mbak Aida, dan Mbak Amel, kenangan bersama takkan ku lupakan...
Wallahua’lam...
Afira! bertuahnya nti dapat pergi =)
ReplyDelete