Wednesday, December 7, 2011

Asma' Aminuddin: Bantul, 2 hari 1 malam

Bangun seawal pagi di pesantren Asma Amanina, gosok gigi dan qiam duluan ah, baru mandi. Di sini qiam seolah-olah wajib. Walaupun tak je sebenarnya. Lantas keterpaksaan menjadi kebiasaan. Ku harap keikhlasan dalam melakukannya akan lahir seiring.. Kadang-kadang rasa menyesal bila terlepas peluang utk qiam disebabkan kepenatan+kedegilan+hawa nafsu+hasutan syaitan=x bgn qiam..Untung punya mbak sekamar yg sering bangun awal dan rajin kejutkan..hehe almaklum.. Jenis yang susah bangun. Thanks to Mbak Endah. Mandi dan siap2..hari ni ke Bantul..betul ke? tempat gempa paling teruk..betul..kami nak ke bantulll

Mbak Endah dah pesan awal, "Baik-baik ya dik," dup dap dup dap menambah kegerunan dalam hati..agak2 macam mana rupa bantul sekarang ni.mana tau datang2 kang gempa pulak, nauzubillah. hari ni sarapan ala kadar je..roti..(sebab malas nak makan nasi, tak lalu tiap2 hari kena makan nasi) tapi mbak-mbak disini kata, kalau tak makan nasi tu maknanya belum makan..hehehe. kurang lebih jam7 pagi,kami naik kenderaan kami yang paling famous dalam kalangan kami ke jalan besar..naik sepatu (kasut) maknanya jalan kakilah memang sangat menjimatkan dan murah. cumanya, pasti capek..

tunggu…tunggu..dan tunggu akhirnya..kami menaiki bas ke terminal bas (di Indonesia..bas disebut bis, pelik kan?) dan menunggu ketibaan rombongan ikhwah sebelum pergi ke bantul bareng. Satu fenomena yang berbeda, di Negara kita, penumpang akan terkejar-kejarkan bas tapi di Indonesia, bahkan bas yang terkejar-kejarkan penumpang. Menaiki dua bas (satu bas untuk ikhwah dan satu lagi untuk akhawat) ke daerah bantul perjalanan lebih kurang sejam sahaja, melalui kota yang sibuk dan perkampungan sawah yang damai, rasa macam tak percaya bila dah sampai. Betul ke dah sampai ni? Awat bas ni berhenti kat sini?

Di bahu jalan sebelah kiri, sawah padi terbentang indah, siap ada kambing tengah meragut rumput kat tepi dan di sebelah kanan ada sebuah bangunan yang x selayaknya dipanggil sekolah, mungkin pondok. masuk..sekolah SMA rupanya.., maahad aaliyah .. di dinding pondok terpampang tulisan, sekolah darurat dompet dhuafa’. Kami dijemput masuk ke sebuah ruangan kosong..dan diberi sedikit taklimat oleh bapak kepala sekolah (lebih kurang pengetua lah kalau di sini) dan ahli jawatan kuasa lain..dalam pada itu semasa taklimat, kami di hidangkan air…Alhamdulillah buat penghilang dahaga di kala matahari tegak di atas kepala semasa kami tiba di situ..kemudian salah seorang bapak di situ menceritakan tentang peristiwa di hari semasa gempa berlaku di situ..katanya, kehidupan di situ waktu itu sangat susah, tiada tempat berlindung dan bekalan makanan sangat terhad. Penduduk terpaksa berlapar semasa menunggu bantuan yang belum tiba dan betapa mereka saling tolong menolong membina tenda2 untuk keluarga berlindung dari hujan dan panas..katanya lagi, bekalan air bersih untuk minum sangat sukar untuk didapatkan biasanya tidak ada. hari ni kami beruntung katanya, kerana ada sedikit peruntukan buat beli air untuk kami padahal mereka sebenarnya tidak mampu.glup! MaasyaAllah rasa nak tercekik minum air tu masa bapak itu membilang perkara yang sebenarnya..wang2 perlu digunakan buat membaiki rumah2 yang rosak, membeli keperluan harian dan lain2. rasa terharu menyelinap dalam hati, betapa kehadiran kami sebagai tetamu disini begitu diraikan.

Selesai taklimat, kami bergerak ke kelas-kelas di situ, kebetulan aku sama asma’ amatullah, sakinah, dan nurin masuk ke kelas 2 (kalau disini lebih kurang tingkatan 5) saat kami memperkenalkan diri, terasa tidak aman bila adik-adik lelakinya memandang kami semacam, dengan sengihan yang tak dapat kami tafsirkan. Sementara adik2 perempuannya masih dengan senyuman mesra. Bila sakinah memperkenalkan nama penuhnya, nama saya, siti sakinah binti mazlan, lantas kelas jadi kecoh. adik2 itu menyamakan nama sakinah dengan bintang terkenal di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza. Saat itu, sakinah kelihatan bengang sekali..beberapa kali peristiwa seperti ini sudah berulang. Hanya kerana di pangkal namanya ada siti. Masyarakat Indonesia itu fanatik bangat dengan siti kerana imej baiknya. Sabarlah sahabat, inilah masyarakat yang perlu kita hadapi, selesai perkenalan, kami akhwat melakukan aktiviti dengan adik2 perempuan walaupun x berapa menjadi, at least kami dah mencuba kan? Saat kami cuba mengorek apa yang terjadi saat gempa, masing2 seolah2 tidak mahu bercerita, tapi sedikit yang aku tahu, ramai teman2 mereka sudah tidak bersekolah kerana mahu membantu ibu bapa. Ah, anak2 semuda ini banyak belajar sendiri dari skolah kehidupan dari sekolah2 yang telah disistemkan sekarang. Ada juga dalam kalangan mereka yang sudah kehilangan teman lantaran bencana gempa yang meragut nyawa banyak manusia. Bila ditanyakan bagaimana datang ke sekolah, mereka berjalan kaki dan ada yang menunggang sepeda. Yang masih sedikit beruntung, menaiki bas tambang ke sekolah dan bila ditanyakan rumahnya di mana? Jauh nggak dari sekolah? Jawabannya, yaa, lumayanlah. Kalau disini, lumayan itu bukan dekat, tapi boleh tahan lah jauhnya. Terasa besarnya pengorbanan mereka untuk ke sekolah sedangkan aku disini lagi dijemput bas di depan rumah. Kadang2 kesenangan yang kecil ini membuat kita alpa dan lalai bahawa kita sebenarnya sudah cukup beruntung jika mahu dibandingkan dengan teman2 di sini.

Usai bersilaturrahim di maahad aaliyah, kami berjalan kaki ke surau untuk solat,. Masya Allah, usangnya surau yang terbuat dari buluh ini. Alhamdulillah di dalamnya bersih dan kami selesa menggunakannya. ini lah yang ada untuk menggantikan masjid yang runtuh akibat gempa. Sekarang, masjid ni masih dalam usaha pembaikan semula. Kebetulan berhampiran dengan surau ada sebuah perigi, apalagi akhwat2 yang tak pernah jumpa perigi punyalah jakun nak cedok air tu keluar dan masukkan dalam tempayan besar dekat situ. Siap bergambar dan berposing kerana terlalu jakun, first time jumpa perigi. Almaklum, orang bandar lah katakan…setelah itu kembali lagi ke sekolah itu, kami adakan majlis penutup dan berikan sedikit sumbangan yang termampu, inilah apa yang yang kami terdaya untuk bantu saudara2 kami. Semoga mereka tidak akan pernah putus asa untuk menuntut ilmu..amiin.

Menjelang hampir jam 1, kami naik sepatu lagi, kali ini perjalannya lebih jauh dikepalai oleh mas ony, mahasiswa universitas gadjah mada yang menjadi coordinator program kami selama di yogja…dibahu kanan dan kiri jalan, sawah padi terbentang indah dan masyaAllah, kesan gempa kelihatan di hampir semua rumah sepanjang perjalanan kami…bagaimana ya perasaan masyarakat sini saat gempa terjadi dan bagaimana mereka bisa begitu tabah sekali menghadapi ujian fizikal dan mental seperti ini, sehingga saat ini, mereka masih lagi sibuk membangunkan rumah2 kediaman walaupun dengan keterbatasan wang dan harta. Jauh disudut hati, rasanya sayu dan terharu menyelinap apabila melihat bencana yang menimpa mereka tetapi mereka tetap gigih berusaha menjalani hidup seadanya. Kebetulan berjalan beriringan bersama sumayyah (dia sekarang duduk di selangor) banyak yang kami bincangkan. Aku jadi terkenang dengan sumayyah yang sering bertanya…bila kita nak sampai ni? Agaknya kalau dikira, lebih 20 kali. Soalan yang sama tetapi diulang2 dengan nada yang berbeza. Lapar agaknya sumayyah ni, memang sungguh kami belum lagi makan tengah hari sedangkan jam menunjukkan jam 2 lebih, tu yang mulut asyik ulang soalan yang sama, betul ke tak sahabat aku seorang ni? Sambil berjalan, fikiran menerawang terkenang perjuangan sahabat2 di zaman nabi sewaktu nak berperang ke mu’tah. Dikatakan perjalanan pergi sahaja ke mu’tah sangat jauh, lebih kurang dari perjalanan pergi balik dari johor ke perlis. Tak terbayang rasanya kesabaran para sahabat berjalan dibawah panas mentari dipadang pasir semata-mata kerana ingin berjuang dan melihat islam tertegak di muka bumi Allah. Ya Allah, kurniakan kami ketabahan hati para sahabat yang ikhlas berjuang dijalanMu, kami merindui kasihMu YA Allah seperti mana rindunya para pejuang mengejar syahid di JalanMu.


Akhirnya...setelah berjalan, berjalan, dan berjalan, kami sampai di pesantren nuurul yaqin, tersergam sebuah masjid yang masih baru dan di belakang nya ada rumah yang dibangunkan dengan bantuan yayasan dari malaysia. Kami disambut oleh pengurusnya dan dibawa berehat di salah sebuah bangunan disitu. Masuk sahaja, kelihatan ada beberapa anak-anak yang sedang belajar mengaji. Hati rasa tercuit melihat gelagat adik2 yang belajar. Walaupun kepenatan masih menguasai, senyuman ikhlas mereka mengubat hati.bila dah sampai tu apalagi..masing2 kelaparan dan bila makanan sampai, makan lansung tak pandang kanan kiri. Tapi sekejap, apsal ikhwah makan dalam group. Dalam hati, tercampak rasa kagum sekejap. Waah bagusnya, nampak macam harmoninya ukhwah mereka masa itu. Rasa malu pun ada sebab akhwat memang makan berdua2 x pun seorang sebungkus. Nampak macam kami ni selfish pulak... bila dah habis makan, tengok kat tepi ada makanan lebih, pastu tanya lah pada pak udi, kenapa ada lebih..laaa pak udi pulak kata ingatkan makan utk ikhwah x cukup, tu yang derang mkn dalam group tuh..cehhh, ingatkan apsal lah makan bergroup. Ingatkan derang memang kalo time makan akan dalam kumpulan. Rupa-rupanya..hehehe. tapi memang salute lah sebab macam susah nak tengok derang makan bergroup kecuali time qiam dan mukhayyam (ke memang ana x pernah perasan selama ni mereka memang makan bergroup?).

Selesai makan, akhwat rehat2 dan yang pasti untuk menghilangkan kelelahan, ramai yang tido sehingga ke petang. Bayangkanlah bangunan yang kami diami buat sementara itu, dindingnya Cuma jaring2 besi yang pasti tak membolehkan kami, para akhwat untuk mendapatkan ruang2 privacy. Tapi, sabarlah hati, ini bukan ujian besar, Cuma cobaan. Bak kata p ramlee dalam cerita pendekar bujang lapuk..cobaan, ini bukan main2, cobaan...petang tu, bila dah bangun, masing2 bertanya pak udi kita nak buat apa petang ni? X ada apa2 dan masing2 bebas utk buat aktiviti. Plus kata pak udi, ikhwah pergi ke pusat gempa. Ada yang jelaous sebab nak pergi sama. Tapi bila x nampak batang hidung ikhwah, agaknya kami ni mmg dah di tinggalkan. Dah tu ramai yang decide nak turun ke sawah sebab ramai yang x pernah jumpa sawah live depan mata. Alhamdulillah, kampung ana masih lagi di pinggiran sawah. Jadi x lah jakun sangat. Dengan riang gembiranya, ramai yang turun ke sawah..lalala. beberapa orang sahabat yang mulanya x nak turun rasa teruja sama. Dan akhirnya...hampir semua akhwat di lapangan sawah di bumi bantul..dari kejauhan kelihatan susuk2 tubuh lelaki yang berbaju biru..(aik, macam baju r2j? kan warna biru) sedang duduk2 ala2 rehlah di bawah pokok di tengah2 lapangan sawah yang sama. Rupa2nya mmg ikhwah2 r2j. Ceh kat situ derang kata pusat gempa..aiii dekatnya pusat gempa. Apa yg kami tahu kalau nak ke pusat gempa mmg agak jauh. Lebih kurang setengah jam jalan kaki..tak pe2. Beberapa orang akhwat yang mmg betul2 teruja dengan ramahnya buat sessi interview pendek dengan mak cik yang kebetulan tengah bubuh baja kat pokok padi. Tanya itu dan ini, sebelum balik ada yang berjanji nak tolong mak cik tu di sawah esok pagi walaupun makcik tu kata x payah..siap buat appointment lagi. seronok berjalan di atas batas2 padi yang memang kecil, tiba2, kekecohan yang disangka berlaku.

Aaahh, jeritan nadhirah kedengaran, walaupun x berapa kuat. perhatian sememangnya tertumpu pada nadhirah. tengok2 kedua2 kaki nadhirah dengan sport shoesnya yang berwarna putih dan bertukar colour jadi kelabu kehitam-hitaman. Kaki dia termasuk kat dalam lubang berlumpur sawah. Nasib baik x rosak padi orang. pheeew. dan rupa2nya aina pun senasib tapi aina lebih beruntung. Cuma sebelah kasut je. Mereka pun sepakat buat kerja2 pembersihan kat saliran air berhampiran. Tap, tap, tap, eh, air apa ni? Weeiii, dah gerimis lah! Jom balik. Nadh, Aina, dah2 lah tu. Masa siap2 nak balik dalam gerimis, kelihatan ikhwah2 pulak merajai lapangan sawah. Berjalan di atas batas2 sawah dan... bukk, siapa yang jatuh tu? Hehehe tak tahan nak gelak. Rupa2nya ada lagi yang terkena perangkap yang sama dengan nadhirah. Tak sempat nak bagitau pada ikhwah yang batas kat situ mmg lembik tanahnya. Tap ,tap, tap, cepat! Titis2 gerimis kian terasa dan kami mengatur langkah pantas untuk pulang. Petang menjelang maghrib, masing2 mengambil peluang keemasan untuk berehat dan khidmat diri. Menunggu turn mandi dan menunaikan nature’s call untuk hampir 20 orang akhwat dengan cuma satu toilet memang menyeksakan, mujur alah bisa tegal biasa. Melatih sifat qanaah dalam diri, merasa cukup dengan apa yang ada.

AllahuAkbar...AllahuAkbar...Seruan Tuhan memanggil tatkala maghrib mula menjengukkan diri. Solat berjamaah di musholla kami lanjutkan dengan pengisian daripada ustaz yang menguruskan pesantren disitu. Tadabbur dari surah Al-Anfaal menjadi halwa telinga kami sebagai peringatan kepada hati2 yang sedang bersiap2 untuk berjuang di medan dakwah di selangi dengan cerita ustaz tentang keluarga dan anak-anaknya saat berlaku gempa. Duhai hati, ambillah ini sebagai bekalan. Makan malam di musholla, berehat dan..pulang ke penginapan kerana tiada apa lagi yang bisa dilakukan. Kebetulan pula mentol lampu di tempat penginapan akhwat tak boleh dihidupkan dan kami bertemankan cahaya lampu suluh membereskan tempat tidur sewajarnya. Kecoh juga mengemas dalam kesamaran malam. Alhamdulillah beberapa kasur (tilam) di bekalkan untuk kami dan semua yang tidur dengan pakaian pelindung takut digigit nyamuk siap dengan tudung yang tersarung hampir 24 jam dikepala. Malam yang gelap mudah memujuk mata menutup kelopaknya yang kepenatan setelah seharian berjalan dan melihat kebesaran di atas bumi tuhan.


No comments:

Post a Comment