Saturday, December 24, 2011

'Asim: Coretan hati di Bogor II

Akhirnya, sampai juga team dari Jakarta. Jam menunjukkan pukul 4.00 pm. Memang tepat pada masanya. Tak lama kemudian, program outbound kami pun bermula. Program pertama kami adalah “Ice-breaking”. Namun begitu, oleh kerana bukit Bogor ini setaraf dengan awan-awan, maka ketika program pertama hendak mula, sekelompok awan (awan hujan) menuju kearah kami dengan kelajuan yang agak tinggi. Tak lama kemudian seluruh base camp kami ditutupi oleh awan hujan itu. Memang tebal awan hujan itu. Kami hanya boleh namapk dalam lingkungan 5 hingga 6 meter sahaja. Bukan tu sahaja, angin yang meniupkan awan itu, begitu sejuk sekali. Sudahlah para fasi dari Jakarta ini tidak membenarkan kami memakai sweater ataupun baju sejuk. Beberapa minit kemudian, keadaan kami yang sedang kesejukkan, ditambah lagi denga hujan yang agak lebat. Ini memang satu ujian dari Allah. Apa pun, “ice-breaking” kami dimulakan dengan suasana “gigil” (semua orang tengah kesejukkan). Memang seronok main “ice-breaking”. Kami main “duduk sama-sama dalam bulatan”, kemudian kami dikehendaki berjalan dalam keadaan duduk tersebut. Kemudian kami bermain yell-yell orang jawa dan macam lagi untuk memecahkan “Ice” antara kami.

Setelah aktiviti “ice-breaking”, tibalah masanya untuk program outboundnya. Tapi sebelum itu, kami dikehendaki membuat senaman ringan agar badan tidak kejang ketika melakukan aktiviti lasak. Sesudah senaman ringan, kami dikehendaki memakai baju “lifa-jacket” kerana program seterusnya adalah di air. Setelah memakai “lifa-jacket”, kami bergerak ke bawah untuk ke sungai. Siang tadi ketika kami bermandi-manda di sungai ini, airnya agak tenang, tapi kini, ketika keadaan sedang hujan, air sungainya begitu deras. Namun pemandanganya tetap indah. Untuk outbound ini, ada 5 aktiviti yang kami perlu lakuan dan ia bermula di bawah; river crawling, river crossing, pool dive, flying fox, water bomb. River crawling merupakan permulaan outbound dan ia pun tidak susah sangat. Cuma merangkak dalam macam askar tapi dalam air sahaja. River crossing agak sukar kerana kami perlu meredah air yang deras untuk ke sebelah yang lagi satu.

Aktiviti yang menguji mental adalah pool dive. Kami perlu naik satu kawasan bukit yang tingginya 4 meter lebih dan terjun kedalam kolam air dibawa. Bagi mereka yang tak biasa, memang memerlukan masa untuk terjun ke bawah. Ketika melihat akhawat melakukan terjunan, rasanya segelintir sahaja yang agak lambat sikit untuk terjun, yang lain semuanya memang betul-betul berani, siap ada yang buat “summer-sault” lagi. Memang ana tabik la akhawat R2J nie. Bila tibanya giliran kami (ikhwah) pula, memang seronok dapat terjun dari tempat yang tinggi. Ramai diantara kami yang tercabar dengan seorang tindakan akhawat yang membuat “summer-sault”, lantas kami pun tidak mahu menyerah kalah. Tapi akhirnya, Pak Udi suruh kami terjun seperti biasa sahaja. Katanya bahaya. Setelah membuat pool dive, kami ke atas di kawasan pertengahan air terjun untuk membuat flying fox. Memang seram juga bila dilihat dari atas. Air terjunnya memang tinggi, sedang kami yang berada di pertengahan air terjun pun sudah cukup memberikan perasaan gayat apatah lagi di puncak air terjun. Melakukan flying fox merupakan antara aktiviti kegemaran kami. Maklum la, kami ini kumpulan yang adventurous; Sukakan cabaran. Ramai diantara kami (ikhwah) yang berangan menjadi tarzan. Mungkin nak memberikan sedikit suasana di hutan yang indah ini.

Sesudah itu, acara terakhir bagi kami adalah water bomb. Pada sungai ini, terdapat sebatang aliran batu bata besar yang berbentuk seperti gelongsor gergasi. Sesuai untuk membuat water bomb. Macam biasa, akhawat yang melakukan aktiviti ini dahulu. Namun setelah beberapa orang menuruni gelongsor ini, pihak team Jakarta terpaksa menghentikan aktiviti ini kerana airnya semakin deras ditambah lagi, terdapat seorang akhawat cedera di bahagian kepala kerana terlanggar batu. Bagi kami yang tidak dapat melakukan aktiviti ini, tidak begitu kecewa kerana kata mereka, esok masih boleh dilakukan. Tapi keutamaan kami adalah keselamatan semua orang. Tak dapat lakukan hari ini, tidak menjadi masalah, yang penting semua orang selamat.

Petang itu, selepas melakukan aktiviti outbound air di sungai, kami diberi masa untuk mengemas diri. Dalam pukul 6, keadaan base camp sudah tidak teruk lagi. Hujan pun sudah reda dan kabus pun sudah hilang. Kami bersiap untuk makan malam dan solat jama’ maghrib dan isya’ bersama-sama. Sesudah solat, kami bersama dengan salah seorang fasi dengan program “cerita semula acara hari ini”. Semulanya program, kami bersama-sama menyanyikan lagu “bingkai kehidupan”. Lagu “bingkai kehidupan” ini memang pun sudah menjadi tema atau pun nasyid R2J kami sejak sampai disini. Setelah puas bernasyid, fasi yang mengendalikan program kami tadi, memberikan setiap seorang daripada kami satu belon untuk ditiup sampai pecah. Syaratnya, tidak boleh sentuh belon tersebut. Acara ini memang menyeronokkan apatah lagi ketika melihat gelagat orang lain nak pecahkan belon dengan meniup sekuat hati. Bagi ana sendiri, ketika awal-awal meniup belon, akibat terlalu basah kena air liur, belon ana menjadi licin, jadi bila tiup, asyik terkeluar belon. Memang penat pipi tiup sekuat hati.

Pom!! Belon anas pecah dulu. Orang pertama memecahkan belon dalam kalangan kami. Melihat kejayaan Anas, membuatkan rata-rata diantara kami mula tercabar. Sebagai tindak balas kejayaan anas, kami menumpukan sepenuh perhatian terhadap belon-belon kami. Masing-masing meniup dengan bersungguh-sungguh sampai pecah. Pom!! Pom!! Pom!! Makin banyak kedenagaran bunyi belon pecah. Setelah muka sudah merah dan pipi kelesuan…POOOM!! Akhirnya, belon ana pecah juga. Ana jangka, ana adalah orang terakhir untuk memecahkan belon, rupanya, selepas ana memecahkan belon, masih ada lagi belon yang tidak pecah. Akhwat yang terakhir memecahkan belon adalah Sumayyah. Masa tengok di tiup memang duk tahan je perut sebab kelakar sangat. Yang lagi pelik, belon Sumayyah pulak, dah besar macam perut orang mengandung pun masih tak pecah lagi. Melihat keadaan ini berterusan, Pak Udi dengan cekapnya mencucuhlan jarumnya kearah belon Sumayyah. POOOOOMM!!! Semua terkejut sebentar. Maklum la, belon besar, maka bunyi juga. Tapi, cerita Sumayyah bukanlah penghabisnya acara pecahkan belon sebab Hilmi masih tak berjaya nak tiup belonnya sebab terlalu licin (basah berlumur dengan air liur). Setelah dikunci mulut belon itu dengn mulut Himi, maka kisah letupan baru pun bermula. Dengan wajah yang bersungguh-sungguh, dan semangat yang membara, Hilmi meniup belon itu secepat mungkin (orang terakhir, mesti la tiup cepat-cepat, malu). Tak sampai 1 minit, belon Hilmi sudah sebesar belon Sumayyah. Menang laju Hilmi meniup. Kemudian…POOOMMM!!! SPLUSH!!! WOW!!! Bertambah efek Hilmi berbanding orang lain. Kali ini, kawan-kawan yang duduk sekeliling Hilmi, semua kena air liur yang terperangkap dalam belon. Memang meriah keadaa yang basah disinggahi air liur Hilmi. Setelah selesai acara pecah-pecah belon, fasi yang mengendalikan program malam menyuruh setiap kumpulan untuk membentangkan tentang perasaan, pengalaman dan pengajaran yang dapat di ambil sepanjang program satu hari.

Setelah selesai program malam tu, tibalah program klimaks kami iaitu “night-walk” di Rimba Bogor. Dalam pukul 11.00 mlm, kami diminta untuk berkumpul di hadapan restoran yang kami makan “indo-mee”. Disitu kami diberi taklimat tentang perjalanan diatas bukit sana. Kami dikehendaki menutup mata kami dengan kain, kemudian berjalan sampai puncak bukit dengan mata bertutp. Di atas sana, kami akan diasingkan dan ditempatkan dimana-mana sahaja para fasi meletakkan kami. Pada mulanya agak seram, namun dengan nasihat yang mereka berikan, kami bergerak dengan bertawakal sepenuhnya kepada Allah. Sebelum itu, mereka juga berpesan, sekiranya berlaku apa-apa, takbir kuat-kuat dan mereka akan datang secepat mungkin. Sekiranya kami tidak takbir dan berteriak sahaja, mereka tidak akan tolong. Arahan mereka, kami semua patuhi untuk memastikan keselamatan kami semua terjamin. Tidak lama kami berjalan diatas bukit, kami dihentikan. Dari bawah ke tempat kami dihentikan ini mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Mengikut kiraan ana, kami sudah sampai diatas bukit dan sudah tiba masanya untuk kami dipisahkan. Ana ditempatkan di satu sudut hutan yang dihadapannya boleh dilihat bandar Bogor. Memang pandai para fasi memilih tempat ana ini. Cukup indah sekali kelipan lampu-lampu rumah penduduk di bandar Bogor. Selama 1 jam lebih kam ana dibiarkan disini. Apa yang ana lakukan sepanjang masa adalah memuji dan mengingati Allah.

Dalam tempoh itu juga, banyak kali terdengar laungan takbir dari sahabat-sahabat ana. Ketika mendengar laungan takbir, ana ingat sesuatu buruk sedang berlaku kepada mereka. Tapi pelik, kenapa takbirnya banyak kali tapi dalam selang masa yang panjang. Ana Cuma bertawakal kepada Allah dan berharap tiada apa-apa yang berlaku terhadap mereka. Memang kami tidak dibenarkan untuk bergerak dari tempat kami sehingga para fasi datang. Setelah sejam labih kami dibiarkan bersendirian, beberapa orang fasi datang dan menyuruh untuk mengikuti mereka. Kami dibawa ke kawasan dalam semak samun dimana tempat ini terdapat banyak lubang-lubang. Sesampai sahaja disini, kami dibaringkan atas tanah. Dalam beberapa minit kemudian mulalah sesi kubur kami. Keadaan kami pada ketika itu seperti dalam kubur. Seperti disoal oleh kedua Malaikat Munkar dan Nakir. Kemudian macam-macam taujih yang kami terima daripada ketua fasi. Memang menginsafkan. Sesudah sesi kubur, kami dibangunkan dan dibawa pulang ke base camp untuk tidur.

Malam itu, ketika hendak tidur, kami (ikhwah) berkumpul disatu sudut untuk menceritakan semula tentang peristiwa malam tadi. Memang kalau didengar semula dari mereka boleh pecah perut kerana terlalu lucu sekali, tapi ada juga bahgian yang agak seram. Yang melaungkan takbir pada malam itu adalah Amzar dan Aslam. Kata Amzar, ketika dia sedang menunggu giliran untuk dipisahkan dengan rakan-rakan dihadapan, tiba-tiba dia terasa ada satu lembaga melintasi dia tapi yang pelik, langsung tidak kedengaran bunyi orang berjalan dihadapan dia. Mata dia tertutup, jadi langsung tak nampak apa yang melintasi dia. Akibat bulu roma naik dengan pantas dan untuk menghilangkan perasaan takut, dengan sekuat hati Amzar berteriarak, ALLAHUAKBAR!! Katanya beberapa minit kemudian, abang fasi datang dan menenangkan keadaan. Untuk cerita Aslam pula, katanya, dia diganggu anjng. Ketika dia sedang duduk berzikir kepada Allah, dia terdengar dengusan kecil dibelakangnya, bila ditoleh kebelakang rupanya ada seekor anjing sedang berjalan menuju kearah dia. Apa lagi, dengan sepenuh kudrat dan untuk menakutkan anjing itu, Aslam takbir dengan sekuat hati. Bahagian yang melucukan pula ketika sesi kubur. Ketika ana sedang khusyuk mendengar taujih daripada fasi, tah macam mana ana terdengar dengkuran daripada orang disebelah ana. Rupa-rupanya bila dicerita balik, memang ramai yang tertidur ketika fasi sedang semangat memberikan taujih. Maklum la, siang tadi sudah kelesuan melakukan aktiviti air, jadi malam terpaksa berkorban sikit. Kira, para fasi ketika itu sedang bercakap kepada orang-orang yang tertidur.

Esoknya, bersamaan dengan 17 Februari 2007, hari sabtu, kami dikejutkan pada pukul 4.00 pagi. Pagi itu memang sejuk. Sejuk sangat sehingga terasa keras seluruh badan. Ketika hendak mengambil wudhu’, kami menghadapi sedikit masalah kerana airnya sejuk sangat. Boleh beku tangan dibuatnya. Jadi rata-rata dari kami cuba memanaskan badan terlebih dahulu sebelum mengambil air wudhu’. Setelah selesai solat subuh berjemaah dan membaca al-mathurat, kami bergerak ke lapangan untuk senam pagi. Pagi itu, kami melakukan pelbagai aktiviti selain senaman. Untuk round pertama, terdapat satu game kotak kecil dimana semua ahli kumpulan kena masuk dalamnya tanpa menjatuhkan mana-mana kayu kecil yang menjadi pagarnya kemudian keluar semula dengan syarat yang sama. Untuk kumpulan ana yang berkeahlian 7 orang, banyak kali juga kami gagal untuk bersama-sama masuk kedalam kotak kecil tersebut. Hampir sahaja semua memenuhi ruang kecil itu, salah seorang daripada kami akan terlanggar pagar dan kayu kecil akan jatuh. Game ini terpaksa kami ulangi hingga ke percubaan yang mungkin ke-50 dan akhirnya kami berjaya masuk dan keluar daripada petak kecil ini tanpa menjatuhkan sebarang kayu kecil yang menjadi pagar petak itu.

Setelah selesai round satu, kami bergerak ke round dua pula, iaitu permainan bomb. Di atas tanah, disediakan satu grid empat segi berukuran 10 X 10, dan dalam banyak-banyak petak itu, terdapat bomb yang tak boleh kita pijak. Misi untuk game ini, kita kena sebarang grid empat segi ini tanpa memijak petak yang mempunyai bomb dan dalam 10 langkah sahaja. Caranya adalah kami dikehendaki bergerak ke satu petak kemudian fasi akan mengatakan teruskan atau bomb. Kalau kami memijak di petak yangmempunyai bomb, maka kami terpaksa mengulangi semula pergerakkan kami daripada awal. Jadi setiap orang kena ingat tempat yang diletakkan bomb agar boleh sampai ke seberang petak dengan selamat. Bagi kumpulan ana, kami dapat lakukan dengan cepat kerana ramai diantara kami yang mempunyai ingatan yang kuat. Setelah berjaya mengharungi lautan bomb dalam game bomb tadi, kami bergerak ke round tiga. Dalam round ini, gamenya adalah melepaskan ikatan diantara kami. Semua orang dalam kumpulan kami akan di ikat kedua belah tangannya kemudian di simpulkan pula di antara kami. Untuk game ini, mudah bagi kami kerana Aiman pernah main game ini. Jadi, masa tak menjadi masalah. Setelah selesai game tali ini, kami bergerak ke round empat iaitu game mengangkat baldi dengan tali. Game ini agak mencabar kerana tepaksa main strategi. Setelah memikirkan cara yang sesuai, akhirnya berjaya juga group kami mengangkat baldi tersebut dan menuang air dalamnya kedalam baldi satu lagi. Setelah selesai semua games, kami bergerak ke satu sudut untuk membincangkan tentang pengajaran daripada setiap games ini. Memang banyak pengajaran yang kami dapat. Banyak juga ilmu yang kami pelajari daripada setiap games ini. Setelah habis berbincang tentang pengajaran, kami dibenarkan untuk bersarapan dan bersiap untuk water trekking.

Untuk water trekking pada hari ini, kami di nasihatkan menggunakan pakaian semalam yang sudah basah untuk menjimatkan baju. Setelah bersiap, kami bergerak ke depan restoran untuk mengambil baju “life-jacket” kemudian menuju ke sungai. Untuk acara kali ini, ikhwah akan bermula dulu. Kami menyambung acara water bomb semalam. Acara water bomb ini agak lasak kerana sekiranya tidak betul caranya memang menyakitkan. Setelah semua orang selesai melakukan acara ini, kami bergerak kebawah sungai dan menuju ke air terjun. Semasa dalam perjalanan, banyak kali juga kami melakukan waterbomb, tapi jaraknya kecil sahaja berbanding yang pertama. Setelah berjalan agak jauh, akhirnya sampai juga ke destinasi iaitu air terjun. Untuk acara ini, hanya ikhwah sahaja yang dibenarkan untuk melakukan water dive. Jaraknya memang tinggi dari atas air terjun hingga ke kolam dibawahnya. Ada la dalam 8-9 meter. Ketika mula-mula nak terjun kedalam kolam air terjun dibawah, terasa gayat sedikit, namun dek semangat yang berkobar-kobar dan keseronokan melihat cabaran, lapan meter air terjun langsung tidak menjadi masalah untuk diterjuni. Dalam ramai-ramai peserta ikhwah R2J, hanya Ammar Shahrin seorang sahaja yang berjaya terjun paling banyak iaitu sebanyak 3 kali. Memang berani betul. Tetapi ada juga kes dalam kalangan ikhwah yang memerlukan masa yang agak panjang untuk terjun kebawah. Mereka memerlukan masa untuk tanamkan keyakinan kepada Allah bahawa segala-galanya bergantung kepada Allah, sehingga 7-8 orang memotong mereka ketika hendak terjun.

Sesudahnya bermain water dive peringkat 8-9 meter, kami bergerak ke “curuk barong” iaitu tempat air terjun yang paling tinggi di bukit Bogor. Tingginya kira-kira 20 meter. Air terjun ini juga istimewa kerana cahaya matahari langsung tidak sampai ke tempat ini, menjadikan ia tempat yang paling sejuk dan tenang. Sewaktu dalam perjalanan ke curuk barong, kami terpaksa melalui kawasan pendalaman dan meredah semak samun yang agak tebal. Tapi semua ini tidak mengapa semata-mata untuk memperolehi nilai pengalaman yang jarang kami jumpai di Malaysia. Setelah sampai ke aliran sungai curuk barong, kami dikehendaki masuk ke dalam lembah sungai yang cukup cantik untuk melihat air terjunnya. Sepanjang perjalanan melawan arus sungai, memang secara peribadi ana kagum dengan kuasa Allah. Begitu mudah sekali bagi DIA menciptakan sebuah lembah yang cukup indah. Ditambah lagi dengan kehijauan dedaunan yang begitu lebat sekali di atas lembah. Subahanallah. Patut la tempat ini orang kata tidak sampai cahaya matahari. Setibanya di curuk barong, terpapar di hadapan mata ana sebuah lukisan keindahan alam yang benar-benar membuat ana kagum dengan ciptaan Allah ini. Cukup tinggi air terjunnya malah cukup merdu bunyi setiap titisan air yang jatuh kedalam kolam dibawahnya. Namun begitu pemandangan ini hanya dapat kami lihat dalam waktu yang cukup singkat. Oleh kerana hujan yang mula lebat, fasilitator yang membawa kami kesini, menyuruh kami segera bergerak kerana takut perkara buruk berlaku apabila hujan semakin lebat. Sesudah melihat pemandangan yang begitu indah sekali, kami terpaksa mengharungi semak samun semula untuk ke bas camp kami. Namun itu juga tidak mengapa kerana harta yang kami cari telah pun kami jumpai.

Setibanya kami di base camp, kami segera bersiap untuk pulang ke Jakarta. Selepas ini adalah majlis penutup bagi program outbound kami. Setelah selesai bersiap dan menukar baju, kami berkumpul dilapangan untuk bersama-sama menutupi program outbound ini dengan para fasilitator dari Team Jakarta. Setelah selesai acara penutup, kami bersalam-salaman dengan mereka dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka dalam versi kami iaitu nyanyian “jazaka”. Setelah bersalam-salaman, kami menjamah sedikit santapan tengah hari kemudian kami turun bukit untuk pulang ke kota Jakarta. Bukit Bogor merupakan pengalaman paling manis dan berharga bagi ana untuk program Kembara misi cahaya Road to Jawa ini.

Sekian, Wassalam…

Pak Wawan & Pak Amir: Pesan ringkas

Semua manusia diberikan waktu yang sama, ada dua kategori waktu : Waktu yang termanfaatkan dengan baik atau waktu yang terlalai. Dimanakah kita berada sekarang ?

Dalam berdakwah sering kita menemukan permasalahan yang harus kita hadapi. Sabarkah kita untuk memecahkan permasalahan tersebut ?

Bagi saya Perjalanan R2J sangat menimbulkan suatu inspirasi untuk menyambung ukhuwah yang lebih luas, membangkitkan semangat jihad, dan dakwah yang disertai dengan pengorbanan dan keikhlasan.

Untuk untuk teman – teman R2J baik ikhwan dan akhwat, lanjutkan perjuangan pengalaman dakwah yang kalian dapatkan semasa perjalanan di tanah Jawa, sebagai bekalan dan inspirasi kalian di Malaysia.

Amir – Pondok Gede - 2007

********************************************************************

Pejuang aqidah adalah mereka yang tidak pernah terkalahkan oleh cobaan dan cabaran . Tak pernah dilalaikan oleh kemilau dunia. Ia adalah orang telah mewakafkan waktunya untuk tegaknya din Allah di muka bumi.

Hendaklah kalian selalu bersyukur atas kemudahan yang didapat dari Allah dan bersabar atas segala cobaan yang diterima. Semoga perjalanan selama R2J dapat memberikan bekalan pada kita semua untuk belajar lebih banyak lagi. Tentang kesabaran, syukur, dan komitmen kita untuk senantiasa berjihad menegakkan agama Allah dimanapun kita berada.

Untuk kawan – kawan peserta R2J, salam hangat saya sampaikan untuk antum semua. Semoga Allah SWT berkenan mengekalkan ukhuwah kita dan mengumpulkan kita bersama dalam kafilah da’wah, kafilah para Mujahid fii SabiliLlah. Amin.

Wawan – Pondok Gede - 2007

Sakinah: Behind the scene sharing R2J

Bismillahirrahmanirrahim.

23 Feb 2007
Ana ke sekolah dgn tujuan utk menghadiri usrah.Tiba-tiba kat sekolah dapat tahu ade meeting pulak.Cakap dengan ikhwah, akhawat ade usrah. Meeting selepas solat Jumaat. Ana balik rumah tumpang us.Fauziah. Kat rumah ana dapat tahu ayah ana sakit kaki yg agak teruk sebab jatuh kat sekolah .Ingatkn boleh baik dalam beberapa hari je lepas urut sikit-sikit.


24 Feb 2007
Ayah ana mula kerja untuk minggu ni. Ana suruh ayah ana jangan pergi kerja sebab sakit kaki. Ayah ana kate kena pergi hospital jugak kalau nak mintak cuti. So, ayah ana ke hospital dengan sakit-sakit kaki tu. Lepas ayah ana ke hospital,ana call bertanyakan khabar. Ayah ana kate dah X-ray kaki ade muscle pada lutut kaki kanan koyak.Ya Allah..dahsyatnye. Boleh lagi ayah ana jalan.Tapi, ayah ana tak dapat cuti hari ni sebab dah lewat sangat nak cari doktor ganti. Ayah ana terpaksa bekerja dengan berkejar untuk merawat pesakit. Ana rase takde orang yang dapat rase betapa teruk seorang doktor bekerja kalau tak lihat dgn mata sendiri. Tambahan lagi kalau kaki dah sangat sakit. Lepas 12 jam bekerja, ayah ana pulang ke rumah. Ana tak sanggup lihat ayah ana naik tangga di rumah. Kalau boleh sebagai anak, ana nak je dukung ayah ana. Tak perlulah ayah ana berjalan. Tapi ana tak mampu. Ayah ana cuma minta mak ana tuam kakinya sahaja. Ana ade bincang dengan seorg akh supaya disediakan slot utk ayah ana talk dalam sesi sharing. Tapi ayah ana tak nak cakap. So ana tolak cadangan tu bg pihak ayah ana. Mungkin ayah ana terfikirkan kakinya yang sangat sakit. Ana cadangkan ayah ana cakap sambil duduk atas kerusi tapi ayah ana tetap taknak. Ayah ana ade kate nak dengar program tu kat bawah je sebab tak larat nak naik tangga tapi ana pujuk akan tolong ayah ana naik tangga sebab ana tahu program sharing ni sangat bermakna bagi ayah ana...kira program ayah ana jugak...nak lihat sharing peserta2 R2J.

25 Feb 2007
Mak ana bawa kereta sementara ayah ana duduk di sebelah. Lepas hantar ana ke sekolah dalam lebih kurang pukul 8, mereka terus menuju ke hospital untuk dapatkan sesi physiotherapy yang paling awal di hospital. Ayah ana dapat cuti ihsan pihak hospital hari ni. Sebenarnya...ayah ana sepatutnya ade operation kaki petang nanti. Tapi ayah ana tolak sebab nak hadir ke sesi sharing R2J. Ayah ana cuma ambil physiotherapy beberapa kali. Lepas physio ringkas di hospital,ayah dan mak ana bergegas ke sekolah. Ana dalam hati dah sebak. Semata-mata untuk program ni, ayah ana sanggup korban masanya dan juga dalam keadaan sangat sakit. Apabila ana tahu ayah ana baru tiba, ana terus menuju ke arahnya. Ana ade offer nak bantu tapi ayah ana menolak. Ayah ana kate dah baik sikit lps physio tapi ana rase rase sakit tu tak mungkin hilang semuanya. Ikhwah dan akhawat lain semua tak tahu keadaan ayah ana waktu tu.Tapi bile ana duduk
di depan audiens, ana perasan ayah ana cukup gembira dan bersemangat. Ana tahu die taknak org lain tahu die tgh sakit......

Sumayyah: Tersentuh hati

Dah lama ajk ‘buku’ pesan suruh hantar jurnal. Tapi ana tak hantar-hantar juga. Sebenarnya belum buat pon lagi..bukan tak nak buat, tapi pengalaman-pengalaman di Jawa ni susah nak diluahkan pada kertas..sebab letaknya cuma di hati(cewah!)

Ana tanya bonda..agaknya ape nak tulis ye? Kalo nak cerita semua,habis satu buku cerita ana je(hahaha).so bonda kata,tulislah ape yang paling berkesan di hati. Hurm..cerita di Bogor la yang paling diingati semua.

Siapalah yang akan lupa pengalaman-pengalaman terakhir di kepulauan Jawa tuh..destinasi terakhir pengembaraan di Jawa la yang paling ‘karen’ (thanks banget ya Pak Udi!) Hari pertama di Bogor amatlah mengasyikkan. Dengan suhu persekitaran yang rendah, deruan air terjun yang merangsang minda, pohon-pohon menghijau yang menyegarkan mata (walaupun sampai-sampai je dekat campsite ana terus tidur),bunyi rintik hujan yang mendamaikan jiwa, kicauan burung-burung dan pelbagai bunyi bunyian binatang lain yang tidak dikenal pasti. Tapi yang paling tak tahan air sungai yang sejuk kayak ais hingga menusuk hingga ke tulang sum-sum. Siapa yang tak menggigil tuh memang terer la. Tapi tu lah orang kata cabaran. Kalau setakat cabaran ni pon tak boleh nak tempuh, apatah lagi cabaran-cabaran dalam kehidupan yang tak kurang hebatnya.

Langit tak selamanya cerah, kadang kala hujan di tengah hari. Detik-detik terakhir di Bogor yang diharapkan kekal di hati memang betul-betul kekal sampai hari ini..hehehe. Macam mana tah leh rasa kepala macam berpinar-pinar je..daripada menggigil biasa jadi luar biasa pulak..Sejak tu la..baru la ana tau betapa sayangnye kawan-kawan ana pada ana.(perasan la plak..)hehhehee. Yang paling tak tahan masa dekat masjid(ana pon tak ingat masjid ape) nak tunggu bas masa nak balik Jakarta . Masa tuh memang agak-agak tak berdaya dah la..tapi sayang punye pasal kawan-kawan ana ni pada ana kan ..risau ana pakai baju lembab,seluar lembab(baru kene hujan la katakan..) sanggup nak tukarkan semua.(ana pon agak-agak risau jugak..tapi dah tak berdaya nak menghalang..heheheh)..seluar ana pakai Afira punye, stoking ana pakai Mardhiah punye yang lain-lain ana tak ingat..pasal diorang dua orang je yang datang menuntut balik kat ana..huhuhu..yang lain-lain tuh halalkan je la ye…

Biasalah orang sakit selalu dapat layanan vip kan , tanpaku pinta, pakcik Omar sewa kijang semata nak bawak ana pegi klinik dan balik Jakarta.(alhamdulillah,makasih ya pak!) sepanjang perjalanan ana tidur je la atas pangkuan Nurin. Sampai kat klinik, doctor tuh mesti la check kan ..ape doktor tuh tanya pon ana tak paham..ape yang ana jawab pon ana tak pasti..huhuhu..banyaknye orang lain yang tolong jawabkan..akhirnya ana pon disahkan demam panas (hehehe..ingat kan sakit ape la…) tapi tu lah kenyataan nye. Ana tak diberi ubat demam pasal ana takkan makan ubat tuh(huhuhuh) tapi die bagi ubat sakit mata(sebab ana tengah sakit mata taim tuh) dan tambahan ubat loya sebab ana keluar-keluar je dari klinik tuh terus meluahkan nasi goreng siang tadi.(penat mbak Nisa suap ana..)

Dekat rumah mbak Nisa’ ramai yang datang jaga ana..Ummi Aina,Nabihah,mbak Nisa,ramai lagi la..tapi Nurin la yang paling setia, kesian die tidur kat lantai tanpa beralaskan apa-apa(ni tanda ana ucapkan terima kasih ni nurin!) Bubur yang diorang belikan pon tak boleh nak makan, asyik keluar balik je(mintak maaf ye!)

Program keesokan harinye adalah shopping. Tension jugak ana kawan-kawan ana tak bagi ikut pasal demam ana tak surut lagi. Tapi ana kuatkan jugak semangat untuk ikut semata tak nak ketinggalan shopping untuk kesekian kalinya. Macam tak percaya analah diantara orang-orang yang pertama tunggu bile nak balik ni…selalunya ana dikalangan orang-orang yang terakhir..hehehe.Walaupun ana puas dapat pergi, kesal tetap bersarang sebab ana dah menyusahkan Ulfah dan Nabihah untuk sambut ana setiap kali ana rasa macam nak jatuh..kesian diorang tak boleh nak jalan puas-puas (mintak maaf sangat-sangat!).

Hari terakhir di kepulauan Jawa, tetiba je terus sihat…demam rindu nak balik rumah kot..hehehe(diorang la kata..ana tak kata).so,dah abis dah cerita ana sakit..pengajaran buat semua,jagalah kesihatan anda!heheh..dan di kesempatan ni,ana nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada sesiapa yang telah membantu ana tak kesah la masa ana sakit ke tak..tapi ana sangat menghargainye..tanpa korang,macam mana la ana terus bertahan terutama sekali masa ana sakit tuh..ana jgak nak mintak maaf sebab dah menyusahkan ramai orang..huhuhu(nak nangis nih!)